Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majulah Singapura

Keluarga besar rai sambutan Hari Kebangsaan besar-besaran

Aug 10, 2022 | 05:30 AM



SETELAH dua tahun tidak dapat menyambut Hari Kebangsaan secara besar-besaran, Encik Muhammad Haidil Matsot bersama keluarga besarnya amat ghairah dan telah berkumpul untuk meraikan hari istimewa tersebut.



Menurut bapa enam anak itu, beliau telah tiba di kawasan Esplanade Waterfront sejak 1.30 petang untuk mendapatkan tempat yang baik supaya dapat menyaksikan persembahan perbarisan Hari Kebangsaan.



"Kami semua berasa gembira dan terharu sebab sudah dua tahun Covid.



"Jadi kita mengambil peluang keemasan ini untuk bersama, bersatu, berkumpul pada hari yang ini," ujar beliau, 42 tahun itu.



Apabila ditemui wartawan Berita Harian pada sekitar 2 petang, Encik Haidil mengongsi bahawa lagi dua keluarga akan menyertai mereka pada sebelah petang nanti.



Ini akan membawa keseluruhan keluarga itu kepada hampir 30 orang.



"Kami semua ghairah untuk melihat acara NDP seperti pertunjukan Pertahanan Mutlak, acara udara dan juga bunga api!" tambah Encik Haidil.



Mengongsi lebih, Encik Haidil berkata sebelum pandemik, keluarga besarnya akan berhimpun di jambatan Tanjong Rhu. Namun tahun ini mereka bertukar angin untuk menyaksikan pertunjukan di kawasan perairan Marina Bay pula.



"Selain itu, semasa Covid-19, kami dapat melihat bunga api daripada kawasan perumahan kami," tambah Encik Haidil.



Selain menikmati acara NDP, keluarga itu ternyata cukup bersedia dan telah menyiapkan juadah makanan dari rumah untuk menjamu selera bersama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >