Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keluarga di Tampines 'buka rumah' bagi jiran tetangga setiap Hari Raya

Jun 22, 2019 | 09:10 PM



 



 



Sukar mencari orang yang tidak mengenali Cik Ratnah Mohari dan suaminya Encik Abas Abdul Rahman di blok 850 Tampines Street 82.



Pasangan itu telah mengadakan rumah terbuka Hari Raya setiap tahun sejak berpindah ke flat tingkat satu itu 18 tahun. Istimewanya, majlis mereka itu diadakan bukan hanya bagi keluarga, malah bagi kenalan dan jiran-jiran di blok itu.



Sekitar 200 tetamu berbilang bangsa menghadiri majlis mereka setiap tahun, yang biasanya menelan belanja $3,000.



Menurut Cik Ratnah, yang mempunyai tiga anak dan dua cucu,  beliau tidak gusar mengeluarkan belanja kerana percaya majlis itu membantu beliau mempererat hubungan dengan keluarga, rakan-rakan dan jiran.



Semalam, majlis mereka dikunjungi seorang tetamu istimewa - Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat yang juga Anggota Parlimen (AP) bagi GRC Tampines.



Menurut Cik Ratnah, itu adalah kali pertama Encik Heng - yang sebelum itu kerap menghadiri jamuannya -  menghadiri majlis itu, sejak diserang strok pada 2016.



“Senang hati saya lihat Encik Heng dalam keadaan sihat. Beliau sukan makan makanan Melayu,” ujar Cik Ratnah.



Encik Heng, kelmarin berkongsi cerita Cik Ratnah dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa Mengenai Masyarakat Bersatu Padu (ICCS).



Menurut Encik Heng, ini adalah satu contoh warga Singapura boleh memain peranan memupuk harmoni antara kaum dan agama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >