Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keluarga Filipina antara 149 yang terima sijil kerakyatan Singapura

Sep 02, 2019 | 09:15 AM



SUDAH sekian lama keluarga Encik Dimalanta, yang berasal dari Filipina, menetap di Singapura, namun pada Sabtu (31 Ogos), mereka menyahut komitmen baru sebagai rakyat Singapura pula.



Encik Alvin Paras Dimalanta, 45 tahun, isterinya, dan dua anaknya, 15 tahun dan 19 tahun, telah mengambil ikrar kebangsaan, menyanyikan Majulah Singapura serta telah menerima kad pengenalan merah jambu mereka, sempena Majlis Kewarganegaraan Tahunan pada Sabtu.



Encik Dimalanta, seorang ketua operasi sistem IT di sebuah bank Belanda di sini, berkata: 



"Ini satu fasa (kehidupan) baru bagi kami, satu pilihan yang kami ambil untuk menjadikan Singapura negara kami pada hari ini, dan juga esok.” 



Encik Dimalanta dan isterinya, Cik Michelle Anne, 42 tahun, tiba di Singapura 20 tahun lalu, dan menjadi penduduk tetap sejak 2005.



Anak-anak mereka - Cik Anne dan Encik Allen - telah menuntut di Singapura sejak tadika.



Keluarga Encik Dimalanta adalah antara 149 orang yang telah menerima sijil kewarganegaraan Singapura dari Perdana Menteri Lee Hsien Loong, di majlis yang diadakan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central itu.



PM Lee berkata ia amat penting bagi mereka untuk menerima sijil kerakyatan mereka pada tahun Singapura memperingati dwiabad negara ini, di mana Singapura mencerminkan sejarahnya dan makna di sebalik menjadi seorang rakyat Singapura.



"Seperti anda semua, nenek moyang kita juga datang dari tanah jauh. Mereka telah membuat keputusan yang sama, demi menjadikan Singapura sebagai tempat tinggal mereka," katanya.



PM Lee memberitahu para hadirin bahawa keputusan untuk menjadi warganegara Singapura merupakan satu komitmen peribadi yang mendalam.



Beliau, yang memetik kata-kata Menteri Ehwal Luar Singapura yang pertama, mendiang S Rajaratnam, berkata: "Menjadi warga Singapura bukanlah satu masalah keturunan. Sebaliknya, ia adalah satu kepercayaan dan pilihan."



PM Lee berkata, warga baru Singapura telah bercampur dengan masyarakat lain di Singapura, menyesuaikan diri dengan budaya Singapura, dan telah belajar bagaimana untuk bergaul dengan jiran, rakan sekelas, rakan sekerja dan sebagainya.



Pada masa yang sama, mereka membawa bersama pengalaman, kemahiran, perspektif dan nilai mereka ke sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >