KELUARGA pemimpin pengasas dan mantan menteri Kabinet Allahyarham Othman Wok mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong atas surat takziah yang diutuskan selepas pemergian Allahyarham.
Ucap terima kasih itu terkandung dalam surat yang ditulis semasa tahlil buat Allahyarham yang diadakan di rumahnya di Kew Avenue semalam.