Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSONALITI

Keluarga jadi tumpuan; kerja akar umbi dilakukan; firma analitik data dimajukan

Mar 25, 2018 | 05:30 AM



SEJAK di dalam rahim lagi, deria pendengarannya sudah pun didedahkan kepada bunyi abjad dan kalimah yang dibaca si ayah.



Ayah beliau gemar membaca kepada anak-anak kerana mahu rasa cinta terhadap ilmu terhias dalam dada.



Perpustakaan pula menjadi taman permainan anak.



Jadi tidak menghairankanlah jika tabiat membaca dan semangat memburu ilmu kini menyala dalam jiwa Cik Hamidah Aidillah Mustafa.



Peniaga berusia 32 tahun itu kini giat menyingsing lengan sebagai anggota akar umbi di kawasan undi Keat Hong di Chua Chu Kang.



Dalam menabur jasa, isu-isu melibatkan kanak-kanak dan golongan muda dekat di hatinya.



Penglibatan beliau dalam kerja kemasyarakatan pula bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.



Sebaliknya, ia mula mekar sejak beliau menjadi pembaca sukarela di Angkatan Karyawan Islam (AMP) dan mentor belia di Yayasan Mendaki semasa masih menuntut di Maktab Rendah Temasek (TJC).



Pengalaman mendekati kanak-kanak pra-sekolah dari keluarga kurang kemampuan itu tidak akan luput dari ingatannya.



"Mereka tidak tahu abjad A,B,C apatah lagi membaca. Saya sungguh sedih melihat mereka.



"Mereka sungguh ceria dan bersungguh-sungguh tapi terkial-kial kerana kurang bimbingan ibu bapa.



"Ini membuat saya rasa bersyukur mempunyai ibu bapa yang pentingkan pendidikan.



"Ia juga mendorong saya untuk membantu,'' ujar bekas penuntut Sekolah Perempuan Crescent itu yang memiliki ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Sosial dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU).



Ayahnya, Encik Mustafa Mohd, adalah seorang pesara bidang penjualan berusia 69 tahun, sementara arwah ibunya, Allahyarhamha Zaitoliah Sulaiman, meninggal dunia akibat serangan jantung tiga hari sebelum hari pernikahan beliau pada 2016.



Menurut Cik Hamidah, walaupun ibu bapanya berpendidikan setakat sekolah menengah, keterbatasan itu tidak pernah menghalang mereka daripada membimbing anak-anak dalam pelajaran.



Malah, ayahnya, yang lebih mesra dengan nama Mos Zay dan dikenali sebagai Tom Jones Singapura kerana dikurniai suara garau mirip bintang popular itu, giat membimbing beliau dan adiknya dalam matematik.



Encik Mustafa, merupakan peminat kaedah Glenn Doman, sejenis terapi bagi merangsang pembangunan otak anak menerusi kira-kira.



Selain bimbingan di rumah, kededua orang tuanya juga merupakan anggota aktif Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (PSG) di sekolah rendah.



"Saya amat tersentuh dengan perhatian yang diberi oleh ibu bapa saya sejak kecil. Contohnya, ayah saya satu-satunya bapa dalam Kumpulan PSG di sekolah saya.



"Tidak ramai ibu bapa aktif dalam kumpulan PSG pada masa itu apatah lagi keluarga Melayu.



"Biasanya waktu sesi bertemu guru, ibu bapa saya merupakan satu-satunya ibu bapa Melayu yang hadir di sekolah,'' ujar beliau, yang mendirikan mahligai bersama Encik Mohd Rizal Hefni Mohd Hani, 39 tahun, seorang ketua jabatan di Orita Sinclair School of Design and Music.



Dalam bidang kerjaya, Cik Hamidah baru berubah haluan ke alam perniagaan.



Beliau bertugas sebagai eksekutif perhubungan awam di National Healthcare Group selama tujuh tahun sebelum memulakan firma analitik data bersama seorang rakan kongsi awal tahun ini.



Firma itu, Parrot Social Pte Ltd, menawarkan khidmat memburu dan menganalisis data berpandukan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bagi pelbagai tujuan seperti pemasaran, tukikan perniagaan dan perluasan rangkaian.



Di peringkat akar umbi, Cik Hamidah, yang belum menimang cahaya mata, memegang beberapa jawatan, antara lain sebagai anggota eksko Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) dan Jawatankuasa Pengurusan Kelab Masyarakat (CCMC) di kawasan undi itu.



Sebagai Naib Pengerusi, Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Keat Hong, beliau giat menganjurkan pelbagai kegiatan bagi masyarakat Melayu seperti aktiviti Bulan Bahasa dan kempen gaya hidup sihat.



Sepanjang dua tahun lalu, beliau juga menyumbang tenaga sebagai anggota panel pemandu Dana Amanah Pendidikan (ETF) yang mengumpul dana bagi kanak-kanak daripada keluarga memerlukan.



Senarai penglibatan tidak terhenti di situ.



Sebagai anggota akar umbi, beliau giat membantu Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Encik Zaqy Mohamad, dalam Sesi Bertemu Penduduk (MPS) setiap minggu.



Di tanya pemerhatiannya dalam sesi-sesi seumpama itu, beliau yang telah menyertai pasukan itu selama 10 tahun, berkata: "Mobiliti sosial umumnya positif tetapi boleh diperbaiki lagi.



"Tumpuan umpamanya boleh diberikan kepada kanak-kanak yang memerlukan. Ini memerlukan lebih banyak campur tangan, lebih banyak bimbingan sebagai mentor keluarga umpamanya, untuk mengatasi kekurangan dalam penglibatan ibu bapa. Ini semua tanggungjawab kita semua,'' katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >