Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keluarga kehilangan kebanyakan barang dalam kebakaran di Boon Lay

Jul 17, 2019 | 08:02 AM



BEBERAPA jam selepas kebakaran di flat tingkat empat mereka di Boon Lay kelmarin (15 Julai), keluarga Encik Che Rohisyam Che Zain, 37 tahun, kembali ke rumah mereka dan mendapati bahawa kebanyakan barang milik mereka sudah hangus dijilat api.



Isterinya, Cik Assirah Ekbal, 35 tahun, berkata beliau mencari beg tangannya yang mengandungi wang sekitar $800 dalam flat sewa di Blok 191 Boon Lay Drive itu tetapi tidak berjaya menemuinya.





Dalam kejadian sekitar 10 malam itu, enam orang cedera manakala sekitar 100 penduduk dipindahkan.



Keluarga itu bagaimanapun tidak tahu apa punca kebakaran itu, lapor akhbar The Straits Times.





Cik Assirah berkata mereka juga tidak mengecas alat elektrik dalam bilik tidur ketika itu.



Pasangan suri rumah dan pemandu bas itu mempunyai empat anak yang berumur antara empat dengan 10 tahun.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sedang menyiasat punca kebakaran itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >