Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keluarga kuat tunggak kejayaan masyarakat

Mar 20, 2022 | 05:30 AM



MEMPERKUKUHKAN keluarga adalah di antara tumpuan utama sesi dialog pasca Belanjawan 2022 bersama masyarakat Melayu/Islam malam kelmarin.



Ini kerana keluarga terus menjadi tunggak masyarakat dan menyumbang kepada kestabilan sosial serta membolehkan anak-anak berjaya.



Oleh demikian, Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat berkata, pemerintah akan membantu menyokong dalam usaha itu.



Memberikan contoh bagaimana pemerintah akan membantu, beliau berkata:



"Saya rasa dasar akan berkisar kepada pengukuhan sistem keluarga untuk mengurangkan beban cukai.



"Selagi anda mempunyai struktur keluarga yang kukuh, beban cukai ke hadapan sebenarnya boleh dikurangkan," katanya ketika ditemui.



Sesi dialog anjuran Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (Mesra) Persatuan Rakyat (PA) itu adalah yang ketiga daripada empat dialog pasca Belanjawan yang dijadual sehingga minggu depan.



Sekitar 40 pemimpin masyarakat Melayu/Islam serta relawan Pertubuhan Akar Umbi (GRO) dan M³@Bandar menyertai dialog di Auditorium Ibu Pejabat PA di King George's Avenue itu.



Panelis dalam dialog itu termasuk Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Selain dari itu, para peserta turut menekankan keinginan untuk membantu keluarga Melayu/Islam setempat bagi meningkatkan usaha mengukuhkan masyarakat.



Panelis menjelaskan bagaimana mereka dapat mengatasi halangan yang ada dan membina kepercayaan bersama keluarga yang mereka ingin bantu itu menerusi rangka kerja yang dibuat di bawah M Kuasa Tiga (M3) - dibentuk Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki dan Mesra.



Contohnya, program Bersamamu yang bertujuan menyokong dan memperkasa keluarga agar mereka juga menjadi individu yang menyumbang kepada masyarakat.



Sebelum ini, Encik Masagos membentangkan tiga strategi bagi memperkasa masyarakat dengan tumpuan diberikan kepada mempertingkat kemahiran merangkumi keluarga, golongan pekerja dan sektor asatizah di perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bagi Ehwal Masyarakat Islam.



Strategi tersebut menurut beliau bertujuan menyokong masyarakat untuk mencapai aspirasi bersama selain menangani cabaran akan datang.



Usaha mempertingkat kemahiran masyarakat ini, serta usaha memupuk keperibadian yang baik dan menggalak kewarganegaraan aktif, membentuk jati diri masyarakat sebagai sebuah Masyarakat Gemilang, kata Encik Masagos.



Antara isu lain yang dibincangkan dalam dialog itu juga merupakan isu mikrokosma yang dihadapi oleh warga Singapura seperti kenaikan harga petrol dan cabaran yang dihadapi oleh syarikat kecil dan sederhana (SME).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >