Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERALIHAN KE FASA TIGA (KEWASPADAAN DIPERTINGKAT)

Keluarga luang masa dengan kegiatan riadah

Jun 15, 2021 | 05:30 AM



KELONGGARAN dari Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) telah memberikan sedikit kelegaan kepada para peniaga dan rakyat Singapura pada umumnya.



Singapura melangkah ke Fasa Tiga (Kewaspadaan Dipertingkat) semalam namun dengan langkah keselamatan terus dipatuhi.



Kementerian Kesihatan (MOH) minggu lalu mengumumkan Singapura akan melonggarkan sekatan melalui dua peringkat, menyusuli bilangan kes Covid-19 dalam masyarakat yang merosot.



Mulai semalam, orang ramai di sini dibenarkan berhimpun dalam kumpulan lebih besar - sehingga lima orang - berbanding hanya dua orang yang dibenarkan sebelum ini, sebagai sebahagian daripada langkah dipertingkat yang bermula 16 Mei lalu.



Ramai yang mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama keluarga, terutama anak-anak mereka pada hari pertama kelonggaran ini dilaksanakan.



Dengan hanya dua minggu lagi sebelum musim cuti sekolah tamat, ramai keluarga dilihat mengunjungi beberapa tempat awam dan tarikan seperti taman-taman, perpustakaan dan Taiwan Haiwan Singapura.



Ini menyusuli kelonggaran yang dikenakan di tempat tarikan seperti kapal persiaran, muzium dan perpustakaan yang dibenar beroperasi pada 50 peratus, naik daripada 25 peratus.



Encik Affendi Jaafar, 35 tahun, seorang pegawai keselamatan, berkata beliau telahpun membuat rancangan untuk membawa isteri dan tiga anaknya berusia antara tiga dengan 11 tahun selepas hampir sebulan 'terperap' di rumah.



"Anak-anak saya gemar berbasikal di sekitar pantai East Coast, jadi saya telah rancang untuk membawa mereka pada Rabu ini.



"Sebelum itu, mungkin kami akan mengunjungi rumah ibu saya di Eunos Crescent kerana belum berkesempatan membawa mereka pada sambutan Hari Raya yang lalu," ujarnya.



Kelmarin, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Singapura boleh melonggarkan lagi langkah pengurusan selamat minggu depan, sekiranya semua terus berada dalam keadaan baik.



Sambil mengucapkan terima kasih kepada penduduk Singapura atas kesabaran mereka dalam mematuhi langkah-langkah diperketat bulan lalu, Encik Lee turut menegaskan bahawa "dalam norma baru, gangguan sedemikian akan berlaku dari masa ke masa".



Dalam satu catatan di Facebook semalam pula, Encik Lee menggesa rakyat Singapura supaya terus berwaspada dan menjaga antara satu sama lain, sedang kita beralih ke 'norma baru'.



"Perkara belum beransur seperti sediakala, namun dengan bersatu, kita menuju ke arah yang betul," katanya.



Namun sedang ramai mengambil kesempatan untuk keluar rumah, sektor kedai makanan dan minuman (F&B) di sini terpaksa bersabar seminggu lagi sebelum sekatan menjamu selera di kedai-kedai makan dilonggarkan minggu depan.



Jika keadaan terus terkawal, makan luar di restoran dan pusat makanan akan dibenarkan mulai 21 Jun nanti.



Justeru, beberapa perniagaan F&B terpaksa membuat penyesuaian tempahan yang dibuat oleh pelanggan.



Sebelum ini, ramai peniaga yang menjangkakan kelonggaran membenarkan orang ramai makan luar juga akan dikuatkuasakan pada hari yang sama.



Meskipun hampa dengan penundaan itu, beberapa F&B yang dihubungi faham akan keputusan yang dibuat pemerintah itu perlu demi keselamatan dan kesejahteraan kededua pihak peniaga dan pelanggan.



Ada juga yang mengharapkan tempoh larangan makan di luar itu dapat dipendekkan daripada apa yang ditetapkan sekarang.



Pengurus Mukmin Restaurant, Cik Siti Faridahanim Hashim, baru-baru ini memberitahu Berita Harian (BH) bahawa beliau "bersyukur kerana dapat beroperasi seperti biasa nanti meskipun terpaksa menunggu seminggu lebih lama".



Sementara itu, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) turut mengumumkan pada Sabtu lalu bahawa mereka akan mencuba satu prosedur kemasukan selamat baru bagi solat Jumaat di empat masjid pada 25 Jun.



Empat masjid itu ialah Masjid Al-Istighfar, Masjid Ar-Raudhah, Masjid Assyafaah dan Masjid Mujahidin.



Usaha itu sejajar dengan garis panduan baru bagi rumah ibadat di bawah Fasa Tiga (Kewaspadaan Dipertingkat) ini.



Persiapan untuk menyediakan lebih banyak ruang solat Jumaat bagi jemaah yang telah divaksin atau menjalani ujian praacara (PET), telahpun dilakukan, menurut Muis.



Antara lain, jemaah juga perlu menggunakan prosedur Daftar Masuk SafeEntry baru untuk memasuki masjid.



Perincian lanjut akan dikongsikan Muis dalam beberapa minggu akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >