Subuh
5:39
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Keluarga Melayu catat kenaikan tertinggi bagi pendapatan untuk setiap ahli keluarga 2010-2020

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Keluarga Melayu catat kenaikan tertinggi bagi pendapatan untuk setiap ahli keluarga 2010-2020

Jun 18, 2021 | 10:19 AM

Keluarga Melayu mencatatkan pertumbuhan tertinggi bagi pendapatan isi rumah  bulanan median daripada pekerjaan bagi setiap anggota keluarga di antara 2010 dengan 2020. 

Menurut  dapatan Banci Penduduk 2020 yang dikeluarkan Jabatan Statistik Singapura (DOS), pendapatan isi rumah median untuk setiap anggota keluarga Melayu tumbuh 3 peratus setiap tahun selama sedekad - daripada $1,043 pada 2010 kepada $1,594 pada  2020. 

Ini disusuli isi rumah Cina, dengan kenaikan tahunan 2.5 peratus daripada $1,718 pada 2010 kepada $2,603 pada 2020. 

Manakala isi rumah berbangsa India menyaksikan pendapatan isi rumah median daripada pekerjaan untuk setiap anggota keluarga, tumbuh 2.2 peratus - daripada $1, 721 kepada  $2,521. 

Laporan itu berkata bahawa sepanjang sedekad lalu, pendapatan isi rumah median keseluruhan daripada pekerjaan, telah meningkat sebanyak 1.9 peratus setahun daripada $5,600 pada 2010 kepada $7,744 pada 2020.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3