PENGERUSI YAYASAN LEE MENINGGAL DUNIA
Keluarga minta sumbangan disalur kepada Jamiyah, SGH dan kuil
May 12, 2016 | 05:30 AM
KELUARGA mendiang Encik Lee Seng Gee, pengerusi Yayasan Lee, meminta agar sumbangan atas pemergian Encik Lee disalurkan kepada Jamiyah Singapura, Hospital Besar Singapura dan Kuil Kong Meng San.
Encik Lee, 95 tahun, meninggal dunia di rumahnya kelmarin, di samping keluarganya termasuk isterinya, Dr Della Lee, ketiga-tiga anaknya dan pasangan mereka, serta enam cucunya.