Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keluarga, niaga terjejas teruk jika S'pura tutup penuh sempadan pada pekerja: MOM

Boleh kekurangan 70,000 pekerja migran sektor khidmat jagaan kesihatan dan pembersihan, 30,000 pekerja binaan dan 30,000 pembantu rumah
May 19, 2021 | 05:30 AM



PERNIAGAAN dan keluarga di Singapura akan "terjejas teruk" jika negara ini tidak membenarkan pekerja migran untuk memasuki negara ini selepas tempoh pemutus litar tahun lalu, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semalam.



Dalam satu kenyataan, MOM berkata akan ada kekurangan 70,000 pekerja migran untuk bekerja dalam sektor perkhidmatan, termasuk penjagaan kesihatan dan pembersihan, serta kekurangan 30,000 pekerja binaan dan 30,000 pembantu rumah, jika Singapura menutup terus sempadannya setelah tempoh pemutus litar dari 7 April hingga 1 Jun tahun lalu.



MOM mengeluarkan kenyataan itu untuk memberi respons terhadap sahutan orang awam untuk menutup sempadan sepenuhnya bagi mengurangkan kes import jangkitan Covid-19.



Pada masa yang sama, kementerian itu menarik perhatian tentang perniagaan yang meminta agar lebih ramai pekerja dibenarkan memasuki Singapura untuk menangani kekurangan tenaga pekerja.



"Sepanjang tahun lalu, bilangan pekerja migran yang keluar Singapura telah melebihi bilangan yang memasuki Singapura, sedang ramai pekerja telah tamat kontrak mereka dan pilih untuk pulang.



"Disebabkan sekatan sempadan untuk mengurangkan risiko import, kami tidak dapat menggantikan mereka yang telah meninggalkan Singapura," ujar MOM.



Sejak 2 Mei lalu, Singapura telah melarang kemasukan semua pengunjung dan pekerja dari Asia Selatan, termasuk India, Bangladesh, Nepal dan Sri Lanka, menyusuli peningkatan mendadak kes jangkitan Covid-19 di rantau tersebut.



Dalam kenyataannya lagi, MOM berkata sekatan sempadan akan menjejas kehidupan harian warga Singapura, dan "ini akan lebih terasa dalam minggu-minggu dan bulan-bulan akan datang".



Kementerian itu juga berkata ia bersetuju bahawa pekerja sedia ada perlu dikekalkan, dan banyak perniagaan yang berbuat demikian.



Ada perniagaan yang menawarkan bonus pengekalan lebih tinggi, dan persatuan industri juga kini sedang membantu untuk mengalihkan pekerja kepada majikan baru.



"Bagaimanapun, dapat difahamkan ramai pekerja migran yang rindu dan bimbang terhadap keluarga mereka, dan mereka mahu pulang ke rumah," kata MOM.



Sejak Januari 2021, MOM juga telah melaksanakan rejim ujian tujuh hari bagi semua pekerja yang baru tiba daripada sektor binaan, kelautan, dan proses, setelah mereka selesai menjalani Notis Jangan Keluar Rumah 14 hari.



Ini bermakna pekerja tinggal di kemudahan khusus bagi sejumlah 21 hari sebelum mereka dinilai selamat untuk memasuki tapak kerja dan asrama.



Selain itu, mereka perlu menjalani ujian Covid-19 secara rutin.



MOM juga berkata sekatan terhadap kemasukan pekerja dari negara berisiko tinggi akan dikekalkan buat sementara waktu, sehingga situasi bertambah baik.



"Ini satu-satunya cara kami boleh memastikan kemasukan selamat pekerja, sambil mengurus risiko penularan dalam masyarakat.



"Kami sedar tentang kekurangan pekerja yang dihadapi perniagaan kami, dan bantuan penjagaan yang diperlukan keluarga kami, akibat kekurangan pekerja itu," kata MOM.




KESAN DARIPADA PENUTUPAN SEMPADAN



Jika Singapura menutup sempadannya kepada pekerja migran setelah tempoh pemutus litar tahun lalu, negara ini akan:



  • Kekurangan 70,000 pekerja migran untuk bekerja dalam sektor perkhidmatan, termasuk penjagaan kesihatan dan pembersihan

  • Kekurangan 30,000 pekerja binaan untuk bekerja dalam projek prasarana dan pembinaan

  • Kekurangan 30,000 pembantu rumah asing

Sumber: Kementerian Tenaga Manusia (MOM)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >