Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN SOSIAL DAN KELUARGA

Keluarga penerima ComCare secara automatik terima bantuan skim lain

Mar 11, 2022 | 05:30 AM



KELUARGA yang menerima bantuan ComCare akan secara automatik menerima bantuan kewangan pendidikan tanpa perlu membuat permohonan tambahan di sekolah anak mereka, mulai suku kedua tahun ini.



Ini sebahagian daripada inisiatif gabungan skim yang memperhalusi dan mempermudah proses menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan.



Usaha tersebut diumumkan Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial, Encik Desmond Lee, di perbahasan belanjawan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) semalam.



Dalam kenyataannya, MSF berkata keluarga yang mempunyai kanak-kanak di sekolah pemerintah atau sekolah bantuan pemerintah, dan pusat penjagaan pelajar (SCC) yang didaftar MSF atau SSC Khas (SSCC), dan permohonan kewangan ComCare mereka diluluskan, akan secara automatik layak bagi Skim Bantuan Kewangan Kementerian Pendidikan (MOE) dan Bantuan Kewangan Yuran Penjagaan Pelajar (SCFA).



Mereka tidak perlu menghantar permohonan berasingan untuk skim ini.



MSF juga akan meningkatkan SCFA bagi kanak-kanak yang layak agar mereka menerima subsidi SCFA maksimum bagi tempoh 12 bulan.



Peningkatan itu dianggarkan akan memberi manfaat kepada hingga 10,000 kanak-kanak setiap tahun, menjimatkan masa sebanyak 50 peratus bagi klien, dan menjimatkan 6,700 jam-manusia pegawai setiap tahun.



MSF juga akan secara progresif meluaskan skim yang pemohon ComCare tidak perlu membuat permohonan berasingan, untuk meliputi subsidi prasekolah, akses digital, perumahan dan penjagaan kesihatan.



Contohnya, MSF sedang mengusahakan agar klien Bantuan Jangka Pendek hingga Pertengahan (SMTA) ComCare boleh dirujuk kepada Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) tanpa perlu memohonnya secara berasingan.



Sekitar 30,000 keluarga ComCare akan meraih manfaat daripada peningkatan ini.



Encik Lee berkata semalam terdapat "anjakan mendalam" dari segi penyampaian perkhidmatan sosial dalam beberapa tahun kebelakangan ini.



Pendekatan itu memberi tumpuan kepada keluarga dan memenuhi keperluan mereka secara proaktif dan terselaras merentas pelbagai agensi pemerintah dan masyarakat, dan tidak mengaturkan perkhidmatan sosial di sekitar program atau agensi.



"Kami memanggil ini pendekatan 3C kami... (iaitu) pendekatan menyeluruh dalam menangani isu serta punca yang lebih mendalam; sokongan yang dipermudah agar keluarga dapat menumpukan tenaga mereka dalam memperbaiki kehidupan mereka; dan pendekatan terselaras merentas agensi dan rakan kongsi yang berbeza," ujarnya.



Untuk memudahkan golongan yang meminta bantuan, menjelang suku kedua tahun ini, mereka yang memohon SMTA ComCare boleh berbuat demikian dalam talian di portal SupportGoWhere. Mereka juga boleh terus melakukannya secara peribadi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >