Keluarga perlu sokongan, bukan dipinggirkan
Apr 07, 2019 | 05:30 AM
KEJADIAN bunuh diri meninggalkan kesan yang mendalam kepada ahli keluarga dan sahabat-handai yang kehilangan orang tersayang, dan masyarakat Melayu/Islam perlu memberi lebih sokongan kepada golongan ini, bukan meminggirkan mereka.
Demikian ditekankan presiden pertubuhan kebajikan sukarela (VWO) Kelab Heal, Dr Radiah Salim, yang berkongsi tentang kejadian bunuh diri yang berlaku khususnya, di kalangan mereka yang mengalami keadaan mental.