Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keluarga seronok 'glamping' di Taman Warisan Melayu

Dec 17, 2020 | 05:30 AM



CIK Marniza Jalil sekeluarga tidak sangka dapat memenangi pakej penginapan unik glamping di Taman Warisan Melayu (TWM) yang dianjurkan Lembaga Warisan Negara (NHB) dengan kerjasama TWM sempena cuti sekolah ini.



Mereka sekeluarga adalah kumpulan pertama yang mengalami pengalaman glamping ini.



"Saya tahu akan pakej ini melalui ibu saya. Namun, kami tidak berpeluang menempahnya kerana mendapat tahu semua slot sudah direbut dalam masa enam minit.



"Beberapa hari kemudian, saya mendapat tahu ada peraduan untuk memenangi pakej itu, jadi saya cubalah. Alhamdulillah, bertuah pula dan kami semua terperanjat dan ghairah mendapat tahu kami berjaya," kongsi ibu berusia 41 tahun.



Apabila ditanya jika glamping itu satu pengalaman yang baik, beliau berkata:



"Sudah tentu ini ialah satu pengalaman yang sangat seronok dan hebat untuk keluarga saya. Aktiviti yang diaturkan juga semua sangat menarik. Walaupun kami warga Singapura, kami telah mempelajari banyak mengenai sejarah Kampong Glam melalui lawatan berpandu yang disediakan.



"Selain itu, mereka menyediakan sesi memasak dan saya juga suka aktiviti itu kerana dapat memasak bersama keluarga," singkap Cik Marniza, yang mempunyai dua anak berusia 13 dan sembilan tahun.



Antara lain, Cik Marniza mengatakan bahawa beliau sangat menghargai masa yang beliau sekeluarga dapat luangkan bersama.



"Saya suka dapat duduk dan rehat bersama suami, anak-anak dan ibu saya juga. Khemah yang disediakan juga sangat selesa. Terdapat hawa dingin, beg kekacang, Netflix di satu khemah dan satu lagi khemah adalah untuk tidur dengan dua katil," cerita eksekutif operasi itu.



Beliau juga tambah bahawa beliau mengesyorkan lebih orang menempah pakej penginapan sebegini kerana ia sangat eksklusif memandangkan satu slot hanya menampung keluarga mereka.



Dalam pada itu, makanan dan minuman juga disediakan.



"Walaupun kami tidak membayar untuk pengalaman ini, saya rasa pakej ini sangat berbaloi, sangat unik dan saya harap akan mendapat lebih peluang menempah pakej sedemikian," ujar Cik Marniza.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >