Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KORONAVIRUS: PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MALAYSIA

Keluarga S'pura yang 'terkandas' tumpang kereta balik Tampines

Mar 19, 2020 | 05:30 AM



PERJALANAN pulang ke Singapura dari Langkawi yang biasanya mengambil masa beberapa jam berubah menjadi perjalanan lebih sehari bagi Cik Atiqah Halim sekeluarga.



Meskipun perjalanan itu memakan masa lebih lama, kakitangan awam itu bersyukur ditemukan dengan dua keluarga baik hati yang sudi menumpangkan beliau sekeluarga pulang ke Singapura semalam.



Cik Atiqah, 38 tahun, dan keluarganya menaiki penerbangan dari Langkawi ke Johor Bahru sebelum menggunakan khidmat kereta untuk membawa mereka pulang ke Singapura kelmarin.



Namun, mereka terperangkap dalam kesesakan di Koswe sehingga sekitar 1 pagi semalam dan menghadapi kesulitan keluar dari Malaysia.



Ini kerana bapa mentua Cik Atiqah yang merupakan sebahagaian rombongan keluarga lapan beranak itu berstatus warga Malaysia dan Penduduk Tetap (PR) Singapura.



Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa di seluruh Malaysia dari semalam hingga 31 Mac melarang semua rakyat Malaysia keluar negara sepanjang ia berkuat kuasa.



Pemandu khidmat kereta sewa itu kemudian menghantar keluarga itu kembali ke Johor Bahru untuk bermalam di hotel The Puteri Pacific.



Ketika dihubungi Berita Harian, Cik Atiqah berkata beliau menghubungi Konsulat-Jeneral Singapura di Johor Bahru pagi semalam dan dimaklumkan mereka dibenarkan keluar Malaysia dan pulang ke Singapura menerusi Linkedua.



Namun, mereka tidak mempunyai pengangkutan sendiri kerana telah menaiki penerbangan sebelum tiba di Johor Bahru.



Mujur, mereka bertemu dengan Encik Samy Nathan, 67 tahun, yang turut terlepas waktu keluar dari Malaysia sebelum perintah tersebut berkuat kuasa, di lobi hotel mereka.



Encik Samy dan isteri, Cik Maha Devi, 63 tahun, telah ke Kuala Lumpur kelmarin untuk membawa pulang anak perempuan mereka yang menuntut di sebuah universiti di sana. Mereka sekeluarga warga Malaysia dan PR Singapura.



"Encik Samy sangat baik hati dan menawarkan untuk menumpangkan kami pulang ke Singapura dan kami sangat berterima kasih dengan mereka.



"Tapi keluarga kami besar, jadi bakinya menumpang kereta saudara kami yang tinggal di Johor tapi dia dapat hantar sampai ke Kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Gelang Patah saja.



"Dari situ, saya dan suami meminta bantuan satu lagi keluarga Singapura yang hendak pulang untuk menumpangkan kami. Kami sangat bernasib baik kerana ada orang yang nak tolong," kata ibu tiga anak itu.



Malah tambahnya, kedua-dua keluarga itu menghantar mereka hingga ke rumah mereka di Tampines.



Ketika ditanya apakah yang mendorongnya untuk menumpangkan keluarga Cik Atiqah meskipun beliau tidak mengenali mereka, Encik Samy berkata sebagai manusia, mereka harus saling membantu tidak kira latar belakang.



"Berapa banyaklah yang boleh saya rugi kalau sekadar membantu mereka? Ini sudah menjadi takdir kami untuk bertemu," ujar pengarah kejuruteraan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >