Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:30
Maghrib
7:15
Isyak
8:26

Keluarga, teman dan anggota NS beri penghormatan terakhir kepada 3SG Chan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Keluarga, teman dan anggota NS beri penghormatan terakhir kepada 3SG Chan

Sep 23, 2017 | 02:43 PM

SERAMAI 100 orang yang terdiri dari teman, keluarga, dan anggota Perkhidmatan Negara (NS) memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Sarjan Ketiga (3SG) Gavin Chan Hiang Cheng di rumahnya di Pasir Ris pagi tadi. 

Anggota NS 21 tahun itu, yang meninggal di Australia semasa latihan luar negara Wallaby, telah diberikan penghormatan pengebumian tentera, dan rakan 3SG yang lain telah mengangkat kerandanya. 

Semasa keranda meninggalkan kawasan Pasir Ris pada 10.15 pagi untuk ke Krematorium Mandai, hujan turun dengan lebatnya. 

Lebih 300 orang menunggu di kawasan krematorium untuk menerimanya, termasuk ibu dan bapa beliau. 

Anggota tentera dari pangkat berbeza berbaris di kededua belah jalan masuk ke Krematorium Mandai dan telah memberikan tabik hormat apabila keranda tiba.

Dewan Krematorium Mandai dipenuhi mereka yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepadanya.

3SG Chan, anak sulung empat beradik, sedang memberi arahan untuk Kenderaan Pertempuran Infantri Bionix keluar dari laluan yang tidak rata apabila kenderaan itu terbalik ke tepi.

Beliau ditemui tidak sedarkan diri di sebelah kenderaan tersebut.

Pemandu dan dua penumpang lain di dalam kenderaan itu tidak cedera.

Keluarga 3SG Chan pulang ke Singapura dengan mayatnya Selasa lalu. 
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3