Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keluarga terima e-baucar tukar alat mesra alam

Isi rumah yang tinggal di flat satu hingga tiga bilik dapat manfaat program $25j
Nov 29, 2020 | 05:30 AM



SEMUA keluarga yang tinggal di flat satu, dua dan tiga bilik HDB akan menerima bantuan demi menggalak mereka membeli peralatan cekap tenaga atau air di bawah satu program bernilai $25 juta yang dilancarkan semalam.



Keluarga yang layak bakal menerima tiga baucar bernilai $225 secara keseluruhan.



Ini meliputi e-baucar $150 bagi mendapatkan peti sejuk jimat tenaga dan mesra iklim; e-baucar $50 bagi mengimbangi kos menukar alat pancuran mandi kepada tiga model paling jimat air (tiga 'rait'); dan e-baucar $25 bagi membeli lampu LED.



Perincian Program Isi Rumah Mesra Iklim itu diumum oleh Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat semasa pelancaran pergerakan Bersih dan Hijau tahunan semalam. Program itu diumum awal tahun ini.



Encik Heng, yang juga Menteri Kewangan, berkata: "Saya amat berbesar hari untuk berkongsi bahawa mulai hari ini, keluarga layak boleh memohon dalam talian untuk mendapatkan baucar elektronik mereka.



"Saya harap Pakej Isi Rumah Mesra Iklim bernilai $25 juta ini boleh menggalak lebih banyak keluarga bertindak dan mengurangkan penggunaan tenaga dan air.



"Dengan berbuat demikian, mereka juga dapat menjimat wang."



Contohnya, apabila peti sejuk ditukar daripada model satu kepada tiga rait, $50 dapat dijimatkan setiap tahun selama tempoh 10 tahun peralatan tersebut dapat berfungsi.



Menurut perangkaan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), jika lebih 300,000 keluarga layak menukar kepada model mesra iklim itu, pelepasan karbon yang akan dikurangkan sama seperti jumlah yang dikeluarkan 31,000 kereta setiap tahun.



Penjimatan air pula sekitar 400 juta gelen setiap tahun.



Baucar tersebut boleh digunakan hingga 31 Disember 2023. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melungsuri laman www.climate-friendly-households.gov.sg.



Semasa acara di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) College East itu, Encik Heng turut menekankan betapa kemampanan persekitaran menjadi tumpuan Singapura sejak awal.



Namun pandemik Covid-19 meningkatkan pentingnya usaha mengekalkan Singapura sebagai negara 'bersih dan hijau', terutama dalam mengawal ancaman terhadap kesihatan awam.



"Kini usaha memastikan Singapura kekal bersih bertambah penting, kerana kebersihan peribadi dan juga awam merupakan pertahanan utama menghadapi pandemik Covid-19," katanya.



Encik Heng turut menggesa warga Singapura supaya meneruskan amalan menjaga kebersihan ruang awam, seperti mengembalikan dulang makan di pusat penjaja dan membuang tisu dengan betul.



Singapura juga kini menggandakan usahanya membina masa depan lebih hijau dan mampan, katanya, sambil membentangkan rancangan membina bangunan mesra alam atau menukar sampah menjadi benda berharga.



Ini akan menjadikan Singapura Bandar Semula Jadi, di mana lebih banyak aspek mesra alam diterapkan dalam membina bandar ini.



"Usaha kita mewujudkan masa depan lebih hijau dan mampan bukan akan meningkatkan mutu persekitaran kehidupan kita sahaja, bahkan membantu pertumbuhan ekonomi, dengan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan baik lebih mesra alam," katanya.




"Usaha kita mewujudkan masa depan lebih hijau dan mampan bukan akan meningkatkan mutu persekitaran kehidupan kita sahaja, bahkan membantu pertumbuhan ekonomi, dengan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan baik lebih mesra alam."
- Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >