Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NAHAS JEMAAH UMRAH DI ARAB SAUDI

Keluarga Ustaz Abu Bakar berangkat ke Makkah urus jenazah

Mar 22, 2018 | 05:30 AM



KELUARGA Allahyarham Ustaz Mohammad Abu Bakar Osman, yang terkorban dalam satu nahas jalan raya di Arab Saudi kelmarin, telah berangkat ke Makkah, sekitar 5 petang semalam.



Seramai lapan orang termasuk anak, menantu dan cucu, telah berangkat menaiki pesawat syarikat penerbangan Saudia.



Ini disahkan anak ketiga daripada empat adik-beradik dan satu-satunya anak lelaki Allahyarham, Encik Mohd Salhan, 34 tahun, apabila dihubungi Berita Harian (BH) semalam.



Bapanya, Allahyarham Ustaz Mohammad Abu Bakar, 64 tahun, pengarah syarikat Abu Bakar Travel Services, yang sedang menunaikan ibadah umrah dan membawa sekitar 29 jemaah Singapura, terkorban apabila bas yang sedang mereka naiki berlanggar dengan treler dalam perjalanan ke bandar Taif, kelmarin.



Ibunya, Cik Fauziah Alias, 63 tahun, pula cedera dengan keretakan pada anggota badannya namun dalam keadaan sedar dan telah dimasukkan ke Unit Jagaan Rapi (ICU).



Encik Mohd Salhan berkata keluarganya ingin Allahyarham dikebumikan di sana.



Sekitar 27 jemaah lain yang berada di dalam bas itu turut mengalami kecederaan dengan tiga lagi turut dimasukkan ke ICU. Manakala dua jemaah berada di hotel dan tidak mengikuti rombongan ke Taif.



Beberapa kenalan dan sahabat keluarga dilihat berada di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi tetapi ada yang tidak dapat bertemu dengan keluarga kerana mereka mengikuti laluan khas.



Setiausaha Kehormat Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas), Encik Roslan Ja'afar, yang turut berada di Lapangan Terbang Changi semalam berkata pihak keluarga yang ke sana juga akan menguruskan segala keperluan jemaah yang cedera.



"Saya difahamkan ada persiapan daripada pihak agensi sekiranya ada jemaah yang ingin pulang ke tanah air (hari ini).



"Jika tidak, jemaah akan pulang seperti biasa mengikut jadual pakej iaitu pada hari Sabtu dan tiba di Singapura pada hari minggu," katanya.



Tambahnya, bagi jemaah yang memerlukan rawatan lanjut di ICU, pihak keluarga Allahyarham akan cuba sedaya upaya membantu menguruskan segala keperluan mereka.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) kelmarin berkata bas yang membawa 31 penumpang itu terlibat dalam kemalangan jalan raya antara 8.30 hingga 9 pagi waktu di Arab Saudi, atau antara 1 hingga 1.30 petang waktu Singapura.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >