Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Keluarkan kata-kata berbaur perkauman: Polis tangkap lelaki

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Keluarkan kata-kata berbaur perkauman: Polis tangkap lelaki

May 12, 2021 | 05:30 AM

POLIS telah menangkap seorang lelaki Cina berusia 30 tahun kerana mengganggu ketenteraman awam, mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman yang melukakan perasaan orang lain dan mencederakan orang, menyusuli laporan yang diajukan mengenai insiden di Choa Chu Kang Drive pada 7 Mei lalu.

Dalam kenyataannya semalam, polis berkata seorang wanita India berusia 55 tahun sedang berjalan di laluan pejalan kaki di Choa Chu Kang Drive pada 8.45 pagi apabila beliau ditahan oleh pasangan Cina yang menyuruhnya memakai pelitup dengan betul.

Wanita dan lelaki Cina itu berbalas cakap sebelum lelaki tersebut mengeluarkan kekata berbaur perkauman dan menyerang wanita itu, menyebabkannya terjatuh.

Selepas itu pasangan itu meninggalkan tempat kejadian.

Menurut polis, lelaki itu telah ditangkap dan siasatan sedang berlangsung.

"Polis menganggap serius perbuatan yang berpotensi merosakkan harmoni antara kaum di Singapura. Sesiapa yang mengeluarkan kata-kata atau bertindak dengan cara yang boleh menyebabkan rasa tidak baik atau permusuhan antara kaum akan dikenakan tindakan segera mengikut undang-undang," kata polis.

Jika sabit kesalahan menyebabkan gangguan awam, seorang pesalah boleh dikenakan penjara sehingga tiga bulan, denda sehingga $2,000 atau kededuanya sekali.

Kesalahan mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman untuk melukai hati seseorang pula boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, denda atau kededuanya sekali.

Bagi kesalahan mencederakan orang pula, seorang pesalah boleh dikenakan penjara sehingga tiga tahun, denda sehingga $5,000 atau kededuanya sekali.


JUMLAH BARU: 25
DALAM MASYARAKAT: 13
IMPORT: 12
DI DORMITORI: 0
JUMLAH KELOMPOK AKTIF: 11
JUMLAH KEMATIAN: 31
JUMLAH KESELURUHAN: 61,403 (Hingga 12 tengah hari semalam)

Laporan terkini kes Covid-19 setempat di www.bh.sg
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3