Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kelulusan 280 pekerja asing bekerja semula dibatal sebab gagal jalani ujian Covid-19

Aug 22, 2020 | 06:05 PM



Kelulusan untuk sekitar 280 pekerja asing bekerja semula telah dibatalkan setelah gagal menjalani ujian Covid-19 mandatori, meskipun syarikat mereka diberi amaran beberapa kali. 



Selain itu, ujian bagi kira-kira 102,000 pekerja belum lagi ditempah, menurut satu kenyataan bersama Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA), Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB)



Kenyataan bersama itu berkata pekerja perlu menjalani ujian rutin berjadual (RRT) untuk Covid-19 setiap 14 hari mereka dibenarkan untuk bekerja. Tempahan bagi ujian itu perlu dibuat oleh syarikat. 



Tuntutan ujian merangkumi pekerja yang menetap di dormitori dan mereka yang bekerja dalam sektor binaan, marin dan pemprosesan. 



Pekerja yang ke tapak kerja juga perlu diuji setiap dua minggu, kata kenyataan tersebut. 



Agensi-agensi berkenaan memberi amaran kepada pekerja yang tidak menjalani ujian swab bagi 14 hari sebelum 5 September tahun ini, akan menerima Red AccessCode dan mungkin tidak akan dapat kembali bekerja. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >