Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEPUTUSAN GCE PERINGKAT 'A'

Kelulusan terbaik sejak kurikulum disemak pada 2006

Daripada 12,405 pelajar yang duduki peperiksaan, 11,583 atau 93.4 peratus raih sekurang-kurangnya tiga kelulusan H2 dan lulus Kertas Am atau Pengetahuan dan Penyelidikan (KI)
Feb 22, 2020 | 05:30 AM



PELAJAR yang menduduki peperiksaan GCE peringkat 'A' tahun lalu meraih kadar kelulusan terbaik sejak kurikulum itu disemak pada 2006.



Daripada 12,405 pelajar yang menduduki peperiksaan itu, 11,583 atau 93.4 peratus meraih sekurang-kurangnya tiga kelulusan H2 dan lulus Kertas Am atau Pengetahuan dan Penyelidikan (KI).



"Prestasi calon kohort ini adalah sejajar dengan prestasi kohort 2018," kata Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB), dalam satu kenyataan bersama, semalam.



Kadar kelulusan tersebut adalah 0.1 peratus lebih baik berbanding 93.3 peratus yang diraih kohort tahun sebelumnya.



Kohort 2017 meraih kadar kelulusan 93 peratus.



Sementara itu di madrasah pula, seramai 54 pelajar menduduki peperiksaan GCE peringkat 'A' tahun lalu.



Ini merupakan pelajar dari tiga madrasah setempat - Madrasah Wak Tanjong, Madrasah Al-Maarif dan Madrasah Alsagoff.



Bermula tahun ini, kesemula calon GCE Peringkat 'A' yang merupakan warga Singapura dan penduduk tetap (PR) akan menerima sijil digital dalam format OpenCerts.



Sijil ini boleh mereka perolehi menerusi laman MySkillsFuture Skills Passport secara dalam talian, bermula Isnin depan.



Calon boleh mengakses dan menyerahkan sijil digital secara elektronik kepada universiti pilihan mereka.



Pelajar antarabangsa yang tidak boleh mengakses portal itu boleh menghantar e-mel kepada SEAB untuk mendapatkan salinan sijil digital mereka.



Permohonan bagi kemasukan atau biasiswa untuk ke universiti berautonomi (AU) boleh dilakukan secara dalam talian.



Ekoran penularan wabak Covid-19 sekarang, AU akan membuat rancangan alternatif bagi penilaian kemasukan pelajar, sekiranya pemohon tidak dapat hadir secara fizikal.



Sementara itu, pelajar peringkat 'A' yang layak dan ingin melanjutkan pelajaran ke politeknik boleh meraih manfaat daripada pengecualian modul dalam 120 kursus.



Ini akan mengurangkan tempoh yang diperlukan untuk mendapatkan diploma politeknik sehingga satu tahun.



Mereka yang berminat boleh memohon ke politeknik melalui laman web secara langsung pada pertengahan Ogos nanti, sebelum sekolah bermula pada Oktober 2020.



Perincian permohonan akan dimuat naik ke laman web politeknik masing-masing pada bulan depan.



Di samping itu, pelajar yang memerlukan bimbingan bagi pilihan pendidikan mereka boleh mendapatkan bantuan guru atau kauselor Pendidikan dan Bimbingan Kerjaya (ECG).




Terima slip keputusan di bilik darjah



TIDAK seperti tahun-tahun sebelumnya di mana keputusan slip peperiksaan diserahkan di dewan sekolah, tahun ini pelajar yang kembali ke sekolah untuk menerima keputusan peperiksaan GCE peringkat 'A' perlu mengambilnya dalam kumpulan kecil seperti di dalam kelas.



Bagi beberapa maktab rendah juga, taklimat pengetua diberikan menerusi sistem pembesar suara sekolah.



Ini merupakan antara langkah pencegahan yang diambil sekolah setempat di tengah-tengah penularan wabak Covid-19.



Sebelum ini, Kementerian Pendidikan (MOE) mengeluarkan kenyataan calon yang hadir ke sekolah untuk mengambil slip keputusan peperiksaan, perlu mengisytiharkan sejarah perjalanan selain mengambil suhu badan sebelum tiba ke sekolah.



Di Maktab Rendah Jurong Pioneer, pelajar tahun pertama dan kedua telah dibenarkan pulang selewat-lewatnya 12 tengah hari sebelum menyambut ketibaan pelajar yang datang untuk mengambil keputusan mereka.



Pengetuanya, Dr Hang Kim Hoo berkata: "Suhu badan mereka telah diambil terlebih dahulu dan hanya mereka yang sihat sahaja dibenarkan masuk ke kelas untuk mengambil slip keputusan. Bagi pelajar yang tidak dapat pulang ke sekolah, mereka telah diberitahu mereka boleh mendapatkan keputusan secara dalam talian."



Situasi yang serupa berlaku di Maktab Rendah Yishun Innova. Ibu bapa pelajar digalakkan tidak ke sekolah anak mereka.



Di madrasah setempat, langkah pencegahan turut diambil bagi mengekang penularan wabak ini.



Di Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah, seramai 26 pelajar yang menduduki peperiksaan GCE peringkat 'A' tahun lalu telah berkumpul di bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat pengetua.



Kata Mudirah, Ustazah Masnia Nassim: "Sebagai langkah pencegahan ekoran penularan wabak Covid-19, pihak madrasah telah menyerahkan slip keputusan pelajar di dalam bilik mesyuarat, secara perseorangan. Tiada perhimpunan besar di dewan seperti tahun-tahun sebelum ini."



Perkara yang sama juga dilaksanakan di Madrasah Al-Maarif.



Menurut Mudirah, Cik Nafisah Ma'mun Suheimi, kesemua 15 pelajar telah mengambil slip keputusan di dalam kelas.



Beliau juga telah memberikan taklimat kepada mereka di dalam kelas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >