Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJAWAN 2018

Kemahiran dalam IT jadi tunjang dalam peralihan kerjaya

Mar 07, 2018 | 05:30 AM



SELEPAS 10 tahun bekerja di tempat yang sama, Encik Muhammad Ruzaini Abdul Razak, melalui fasa kehidupan yang amat sukar selepas beliau diberhentikan kerja pada 2015.



Beliau yang bekerja sebagai seorang jurutera komputer dan pengurus proses penempatan sebelum itu, akui berasa tidak tentu arah.



Namun, pengalaman beliau dalam sektor IT sebelum itu mendedahkannya kepada ancaman-ancaman keselamatan siber yang wujud, dan untuk itu Encik Ruzaini memutuskan untuk menceburi bidang tersebut yang dilihat sebagai sektor-sektor ekonomi masa hadapan.



Namun setelah hampir dua tahun mencuba, beliau tetap tidak berjaya mendapatkan pekerjaan kerana tidak mempunyai kemahiran atau latihan rasmi bagi sektor tersebut dan kurang berpengalaman.



Namun, sekitar Februari tahun lepas, salah seorang teman Encik Ruzaini memberitahunya mengenai program TechSkills Accelerator (TeSA) berkaitan keselamatan siber yang ditawarkan NCS Technology, anak syarikat Singtel.



Menurut Encik Ruzaini, beliau sedar bahawa industri keselamatan siber memang mempunyai potensi untuk berkembang dan permintaan khidmat keselamatan siber turut meningkat.



"Memang saya berminat untuk menceburi bidang keselamatan siber, terutama sekali setelah membaca dan mendengar pelbagai serangan siber yang berlaku.



"Ini mendorong saya untuk ketahui dengan lebih lanjut bagaimana serangan dan pencerobohan ini berlaku dan cara-cara untuk menghindarinya, dan kursus yang ditawarkan menepati keinginan saya itu," katanya.



Setelah menjalani program TeSa selama enam bulan, Encik Ruzaini mula berkhidmat di bawah Jabatan Khidmat Teknologi NCS dengan pengkhususan khidmat Keselamatan Infrastruktur, di mana beliau menyediakan penyelesaian keselamatan untuk mengukukhkan infrastruktur.



Beliau akui pada mulanya agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan suasana pekerjaan yang baru.



"Perkataan-perkataan yang digunakan agak sukar untuk difahami pada mulanya, dan saya juga perlu mengimbangi kursus dan juga latihan yang sedang dijalani.



"Namun, saya seronok mempelajari teknologi baru dan ancaman keselamatan siber ini memang selalu berubah dan ada kalanya bertambah, untuk itu amat penting untuk terus mempertingkatkan diri untuk menghadapi perubahan tersebut," katanya.



Encik Ruzaini berkata bahawa lebih ramai orang seharusnya menceburi bidang keselamatan siber kerana ancaman semakin meningkat dan berubah.



Pihak pemerintah telah mengumumkan usaha untuk mempertingkatkan program TeSa dengan menyalurkan lebih $145 juta untuk mewujudkan lebih 20,000 tempat latihan sehingga 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >