Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kemahiran digital dan teknikal penting namun belum cukup: EDB

Warga S'pura harus rebut peluang di serata dunia dan kekal relevan
Oct 01, 2020 | 05:30 AM



WARGA Singapura tidak seharusnya berfikir bahawa kemahiran yang pada masa ini penting dan mencukupi bagi masa depan, kata pengarah urusan Lembaga Pembangunan Ekonomi (EDB) Encik Chng Kai Fong.



Beliau berkata tanggapan sedemikian adalah mitos semata-mata. Ia merupakan antara tiga mitos yang beliau ketengahkan semasa berucap kepada golongan pendidik semalam.



Menurut Encik Chng, mitos pertama adalah kemahiran digital dan teknikal memadai, diikuti mitos kedua bahawa warga Singapura perlu memberi tumpuan pada peluang dalam negara semata-mata.



Mitos ketiga, menurut Encik Chng adalah pekerja perlu memberi keutamaan pada rancangan kerjaya jangka panjang.



Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar yang diberikan di Sidang Guru-Guru Institut Pendidikan Teknikal (ITE).



Mengulas lanjut, Encik Chng berkata kebanyakan orang berfikiran bahawa mempelajari menggunakan data dan menulis kod memadai.



"Saya tidak berkata perkara ini tidak penting... tapi saya berkata ia tidak memadai... kerana banyak proses sedemikian akhirnya akan dijadikan proses automatik jika sesuai dilakukan," kata Encik Chng.



Menurut Encik Chng, kemahiran insani seperti keupayaan bercerita, empati dan menjalin hubungan dengan orang lain akan membantu kita menonjolkan diri sendiri.



Encik Chng menambah adalah penting untuk membetulkan tanggapan kurang tepat bahawa peluang di Singapura memadai.



"Apa yang membimbangkan saya adalah kita begitu fokus pada apa yang berlaku di sini... seperti hendak mendapat kerja mudah... hendak mencipta barang bagi Singapura. Jika kita terus berfikiran sedemikian, kita mula menerima tekanan dari luar kerana ada persaingan di peringkat dunia. Ada persaingan dengan robot dan teknologi," ujar Encik Chng.



Menambah, Encik Chng berkata ada peluang di serata dunia dan Asia, yang sedang membangun dan warga Singapura perlu memastikan kita kekal relevan.



Menyentuh mengenai mitos rancangan jangka panjang, Encik Chng berkata warga Singapura terlalu mengutamakan rancangan untuk mendapat pendidikan dan kerjaya.



Namun, menurut beliau, perjalanan hidup tidak semudah itu dan keupayaan memberi respons dan merancang bagi perkara yang berlaku dalam jangka pendek adalah amat penting.



Beliau menggalak pelajar supaya memburu minat mereka dan tumpuan lain yang dapat membina keyakinan diri dan membentuk kehidupan yang bermakna.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >