Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kemahiran kendali robot, matematik, semangat berpasukan penting bagi DSA

DSA
Sep 05, 2022 | 05:30 AM



MURID-MURID dalam pasukan Robotik di Sekolah Rendah Telok Kurau bukan sahaja terdedah kepada kemahiran bagaimana mengendalikan robot bahkan dalam bidang lain juga.



Ini termasuk pengekodan, Matematik, semangat berpasukan dan kepimpinan.



Kemahiran sedemikian menurut guru bertanggungjawab bagi Robotik, Encik Muhammad Reza Daud, 40 tahun, penting untuk mendedahkan pelajar kepada bidang bakat lain bagi Pengambilan Masuk ke Sekolah Secara Langsung (DSA).



"Murid bukan sahaja boleh memohon memasuki sekolah menengah melalui DSA dalam bidang robotik tetapi juga kepimpinan ataupun dalam bidang Stem seperti Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik," katanya.



Encik Reza yang juga Ketua Subjek bagi Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) dan Program Pembelajaan Gunaan (ALP) serta guru Matematik ini turut berkata pendedahan meluas itu akan memberi peluang kepada murid memilih bidang mana yang paling sesuai untuk mereka.



"Yang penting mereka gembira dan berasa seronok dengan apa yang mereka pelajari kerana bidang DSA yang mereka pilih akan bersama dengan mereka sepanjang empat tahun di sekolah menengah," katanya.



Sekolah tersebut yang mempunyai lebih 80 murid dalam pasukan Robotik mengambil bahagian dalam dua hingga tiga pertandingan setiap tahun termasuk pertandingan pada peringkat nasional dan antarabangsa.



Semasa pra-Covid, sekolah itu pernah membawa murid ke Indonesia dan China untuk pertandingan.



Antara pertandingan yang pernah dimenangi sekolah itu termasuk pingat emas dan perak dalam Kejuaraan Pengekodan Mikro Antarabangsa yang diadakan di Singapura dengan penglibatan pasukan dari Taiwan dan Thailand serta tempat kedua dalam kategori pemprograman semasa Permainan Robot Sedunia yang berlangsung di China.



Di samping itu, sekolah itu juga mempunyai sesi bimbingan dengan murid untuk mempersiap mereka bagi sesi temu duga, yang merupakan sebahagian daripada kriteria DSA.



"Kami akan membantu murid bagaimana menjelaskan dengan lebih ketara lagi kekuatan dan minat mereka dalam robotik semasa sesi temu duga itu," katanya lagi.



Ketua pasukan Robotik sekolah itu, Akshit Jaggi, 12 tahun, berkata dia berasa bertuah sekolahnya telah menyediakan peluang untuknya mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan bagi meningkatkan pengalamannya dalam bidang itu selain membantu dalam keupayaannya berfikir.



"Sejak menyertai Robotik, Matematik saya bertambah baik kerana ia mengasah keupayaan saya berfikir dan menyelesaikan masalah sukar," katanya.



Dia telahpun memohon DSA dalam bidang Robotik di tiga sekolah termasuk Sekolah Tinggi Universiti Nasional Singapura (NUS High), Sekolah Anglo-Chinese (Bebas) dan Institusi Saint Joseph.



Seorang lagi pelajar, Irfan Bazil Shahreen, 11 tahun, juga berkata banyak yang telah dipelajari daripada robotik.



Baru-baru ini, dia telah mengambil bahagian dalam pertandingan Cabaran Robotik Pertubuhan Sains Pertahanan (DSO)Agensi Teknologi dan Sains Pertahanan (DSTA), anjuran Maktab Rendah Victoria dan menang dalam kategori robot ringan.



"Saya memang berminat terhadap robotik dan pemprograman sejak usia enam tahun lagi.



"Selain kemahiran ini, robotik juga telah membantu saya menajamkan lagi kemahiran saya dalam menyelesaikan masalah," katanya.



Dia berharap untuk memohon DSA bagi bidang robotik di Sekolah Anglo-Chinese (Bebas) tahun hadapan.




“Murid bukan sahaja boleh memohon memasuki sekolah menengah melalui DSA dalam bidang robotik tetapi juga kepimpinan ataupun dalam bidang Stem seperti Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik... Yang penting mereka gembira dan berasa seronok dengan apa yang mereka pelajari kerana bidang DSA yang mereka pilih akan bersama dengan mereka sepanjang empat tahun di sekolah menengah.”
– Encik Muhammad Reza Daud, guru bertanggungjawab bagi Robotik di Sekolah Rendah Telok Kurau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >