Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kemakmuran negara, tanggungjawab bersama

Aug 10, 2018 | 02:14 PM



CINTA kepada negara dan menyumbang ke arah kemakmurannya merupakan sebahagian daripada tuntutan agama.

 

Demikian ditekankan khutbah yang telah disampaikan di masjid-masjid hari ini. 



Masyarakat Islam turut digesa untuk bersatu tenaga dan minda dalam mejalankan tanggungjawab terhadap negara. 



“Tidak kira apa jua pekerjaan mahupun kedudukan kita, seandainya kita inginkan yang terbaik buat generasi-generasi yang bakal mendatang pada masa hadapan, ia bermula dengan kerjasama dan pengorbanan kita semua demi membangun dan memakmurkan negara,” menurutnya. 



Ia turut menekankan bahawa memberi kemanfaatan kepada manusia merupakan ajaran para Nabi dan Rasul, kerana kemanfaatan yang mereka hulurkan kepada manusia bukan sahaja melibatkan perkara-perkara berkaitan akhirat, bahkan ia juga meliputi perihal keduniaan. 



Untuk itu, masyarakat digalak memegang kepada prinsip ‘meraih kemaslahatan dan menolak kemudaratan’ dalam konteks kehidupan sebuah masyarakat yang majoriti penduduknya Muslim mahupun konteks kehidupan masyarakat yang berbilang agama dan bangsa. 



“Seorang Muslim itu sentiasa berfikir untuk menyumbang dan memberi kesan bagi menambahbaik kehidupan masyarakatnya,” tambahnya.



Khutbah hari ini turut menyentuh tentang etika memberi nasihat dan buah fikiran. 



Ia menggesa supaya masyarakat mengelak menggunakan kata-kata dan bahasa yang kasar serta tidak sopan.



Katanya: “Meskipun ada kalanya kita mempunyai kehendak yang kuat untuk memberikan saranan dan maklumbalas, harus diingati bahawa ianya perlu dipandu dengan kebijaksanaan, kesantunan, ilmu, tanggungjawab dan amanah.



Khutbah penuh di https://www.muis.gov.sg/officeofthemufti/Khutbah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >