SEORANG lelaki berusia 53 tahun yang merupakan pemandu kereta Mercedes berwarna perak yang dipercayai menyebabkan kemalangan di lebuh raya Ayer Rajah (AYE) pagi tadi, telah diberkas.
Lelaki itu dipercayai memandu dengan anak lelakinya, dalam lingkungan usia 20an, duduk di sebelahnya sewaktu nahas berlaku.
Suspek yang memandu kenderaan dari arah bertentangan telah menyebabkan kematian seorang lelaki berusia 37 tahun dalam kejadian berhampiran Tuas West Road itu.
Menurut polis, pihaknya dimaklumkan tentang nahas itu pada 8.02 pagi yang melibatkan empat kereta, sebuah motosikal dan sebuah bas.
Mangsa yang terkorban didapati terperangkap di tempat duduk pemandu dan perlu ditarik keluar oleh anggota Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Mangsa yang dikatakan memandu kereta jenis Toyota Vios itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Empat yang lain - dua lelaki dan dua wanita - telah dihantar ke Hospital Universiti.