Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEMALANGAN KERETA DI LUCKY PLAZA

Keluarga mangsa syak kejadian buruk

Pemandu kereta sewa privet ditahan; polis sedang siasat
Dec 31, 2019 | 05:30 AM



KELUARGA pasangan wanita adik-beradik dari Filipina yang menjadi mangsa nahas di Lucky Plaza mula mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku apabila kedua-duanya tidak menghubungi keluarga mereka seperti biasa.



Cik Arlyn Picar Nucos, 50 tahun, meninggal dunia dan kakaknya, Cik Arceli, 56 tahun, cedera apabila sebuah kereta melanggar mereka dan empat lagi rakan mereka di belakang pusat beli-belah itu.



Seorang lagi mangsa, Cik Abigail Danao Leste, 41 tahun, turut meninggal dunia. Kesemua mangsa bertugas sebagai pembantu rumah di sini.



Abang adik-beradik Nucos itu, Encik Reynaldo Nucos, memberitahu stesen radio Bombo Radio La Union di Filipina bahawa beliau dan ahli keluarga lain mengesyaki sesuatu yang tidak baik telah berlaku ke atas adik-beradiknya apabila beliau tidak menerima panggilan video seperti biasa daripada mereka.



Keluarga itu tinggal di daerah San Carlos di bandar Caba, La Union.



Encik Nucos hanya mendapat tahu tentang kemalangan itu selepas isterinya, yang juga bekerja sebagai pembantu rumah di Singapura, menghubunginya pada hari yang sama.



Tambah beliau, kededua adik-beradiknya itu telah mengirimkan wang kepada keluarga mereka sempena Hari Krismas dan cuti Tahun Baru. Difahamkan mereka telah bekerja di Singapura sejak 1990. Cik Arcely dijadualkan pulang ke Singapura bulan depan.



Dalam kenyataannya semalam Kedutaan Filipina di Singapura berkata ia telah menghubungi keluarga mangsa.



"Kedutaan Filipina di Singapura dan Jabatan Hal Ehwal Luar di Manila bertekad akan menghulurkan bantuan dan sokongan kepada keluarga mangsa."



Bercakap kepada wartawan, pengerusi Pusat bagi Pekerja Domestik (CDE), Encik Yeo Guat Kwang, berkata pihaknya telah menghubungi keluarga dua mangsa yang terkorban dan akan bekerjasama dengan majikan mereka untuk membantu mereka dalam masa sukar ini.



Majikan mangsa seorang yang terbunuh sedang melancong, kata Encik Yeo.



Pihaknya juga akan membantu anak perempuan salah seorang mangsa yang terbunuh untuk ke Singapura, termasuk dari segi kewangan, tambah beliau.



"Mereka (mangsa) adalah pekerja berpengalaman dan telah memberi sumbangan kepada keluarga di sini... kami ingin melakukan yang terbaik untuk membantu mereka," kata Encik Yeo.



Polis berkata mereka diberitahu tentang kemalangan melibatkan sebuah kereta dan enam pejalan kaki di Orchard Road pada 4.58 petang kelmarin



Seorang pemandu lelaki berusia 64 tahun, yang keretanya mempunyai pelekat kereta sewa privet, telah diberkas atas kesalahan memandu secara berbahaya dan menyebabkan kematian. Beliau seorang pemandu Grab.



Dihubungi The Straits Times (ST) jurucakap Grab berkata pihaknya sedang membantu dalam siasatan.



Video yang menunjukkan urutan kejadian itu juga kini disebar di dalam talian.



Menerusi video itu, pemandu itu dilihat cuba membuat pusingan U sebelum melanggar kumpulan enam wanita itu dan pagar besi. Difahami, beberapa wanita dan kereta itu terhumban beberapa meter ke bawah.



Seorang jurucakap Lucky Plaza memberitahu ST enggan mengulas lebih lanjut.



Cik Arcely dan tiga mangsa lain - Egnal Layugan Limbauan, 43 tahun; Demet Limbauan Limbauan, 37 tahun; dan Laila Flores Laudencia, 44 tahun - kini dirawat di Hospital Tan Tock Seng.



Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan dan Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Low Yen Ling, melawat mereka semalam.



Dalam posnya di Facebook semalam, Dr Balakrishnan berkata:



"Kementerian Ehwal Luar akan bekerjasama rapat dengan Kedutaan Filipina di Singapura untuk membantu mangsa yang terjejas."



* Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >