Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Kemalangan maut di Lucky Plaza: Drebar dipenjara 2 tahun, 6 bulan

Sep 25, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki yang terlibat dalam kemalangan di Lucky Plaza yang mengorbankan dua wanita pada 2019 semalam mengaku bersalah atas satu tuduhan memandu secara berbahaya dan dijatuhi hukuman penjara dua tahun enam bulan.



Dia juga telah dilarang untuk memandu semua kelas kenderaan selama 10 tahun.



Dua lagi tuduhan memandu dengan berbahaya melibatkan empat wanita lain yang terselamat dalam nahas itu dipertimbangkan semasa hukuman.



Sejurus sebelum tragedi itu, enam wanita Filipina berkumpul di pejalan kaki di Nutmeg Road berhampiran pusat membeli-belah Orchard Road itu pada hari cuti mereka sekitar jam 4.40 petang pada 29 Disember 2019.



Pesalah warga Malaysia itu, Chong Kim Hoe, yang kini berusia 66 tahun, waktu itu bekerja sebagai pemandu kereta sewa privet.



Timbalan Pendakwa Raya Samyata Ravindran berkata sebelum kemalangan itu, penduduk tetap Singapura itu telah memberhentikan keretanya di sepanjang Nutmeg Road untuk merokok setelah menurunkan penumpang.



Dia kemudian menerima tempahan untuk mengambil penumpang lain di Orchard Road.



DPP berkata: "Untuk mendapatkan pelanggan berikutnya, dia membuat pusingan-U yang tidak sah di persimpangan Jalan Kayu Manis. Ketika dia membuat pusingan-U, dia menyedari bahawa bahagian belakang kenderaannya telah menaiki bendul jalan di Jalan Kayu Manis.



"Tertuduh berhasrat menekan brek supaya dapat mengundurkan kenderaannya dan memastikan ada ruang yang cukup untuk dia membuat pusingan-U."



Sebaliknya, Chong menginjak pemecut dan menaiki laluan pejalan kaki di sepanjang Jalan Nutmeg.



Kereta itu tidak berhenti walaupun setelah menaiki bendul. Ia kemudian melintasi kawasan berumput dan melanggar enam wanita itu.



Cik Abigail Danao Leste, 41 tahun, dan Cik Arlyn Picar Nucos, 50 tahun, meninggal dunia akibat kemalangan itu.



Cik Egnal Layugan Limbauan dan Cik Laila Flores Laudencia, kededuanya 43 tahun, dan Cik Arceli Picar Nucos, 56 tahun, mengalami cedera parah termasuk patah tulang. Setiap wanita itu diberi cuti sakit antara 23 hingga 369 hari di hospital.



Cik Demet Limbauan Limbauan, 37 tahun, yang mengalami kecederaan termasuk beberapa luka, diberi cuti 12 hari di hospital.



Kesemua enam wanita bekerja sebagai pembantu rumah di sini.



Semalam, DPP menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman penjara antara dua hingga tiga tahun kepada Chong dan melarangnya daripada memandu semua kelas kenderaan selama 10 tahun.



Dia menambah: "Hukuman yang dijatuhkan mesti mencerminkan sepenuhnya bahaya yang ditimbulkan."



Peguam pembelaan Kalaithasan Karuppaya daripada Regent Law memohon hukuman ringan.



Dia berkata: "Kami juga menegaskan bahawa tertuduh tidak melarikan diri setelah kejadian itu. Dia mengambil tanggungjawab dan memberikan bantuan kepada mangsa dengan sebaik mungkin."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >