Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kemalangan maut: Tiada bukti penunggang motosikal pecut laju

Jan 11, 2022 | 05:30 AM



SEORANG remaja lelaki tanpa lesen motosikal telah menumpangkan temanitanya, kemudian hilang kawalan motorsikal tersebut lalu terlibat dalam kemalangan.



Kedua-duanya maut di tempat kejadian.



Koroner Negara berkata, Encik Rafie Sherman Abdullah Tan, 19 tahun, menunggang motosikal yang disewa oleh orang ketiga lalu menunggangnya di sepanjang Jurong West Central 1 bersama Nor Ayuni Abbdullah, 17 tahun.



Beliau dipercayai tidak dapat mengawal motosikal itu ketika ingin melalui selekoh kanan jalan raya pada kira-kira 3.40 petang pada 16 Julai tahun lalu lapor The Straits Times.



Remaja itu kemudian tercampak apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar bendul jalan dan dua batang pokok.



Kedua-dua mangsa mengalami beberapa kecederaan dan dibawa ke hospital. Nor Ayuni dikhabarkan meninggal dunia dua jam kemudian dan Encik Tan meninggal dunia tiga hari kemudian.



Semasa menyampaikan dapatan laporan pada 7 Januari lalu Koroner Negara, Encik Adam Nakhoda, berkata kedua-dua remaja maut akibat kemalangan jalan raya.



Beliau berkata: "Saya dapati bahawa Encik Tan tidak berpengalaman dalam menunggang motosikal dan mungkin ini penyebab utama beliau hilang kawalan. Kemalangan tragis ini memberi peringatan betapa pentingnya memiliki lesen yang sah sebelum membawa kenderaan di jalan raya.



Beliau berkata lagi bahawa Polis Trafik tidak berhasil dalam mengagak kelajuan motosikal yang ditunggang Encik Tan dan tiada bukti boleh mengatakan beliau memecut laju.



Katanya lagi, tiada penyebab lain seperti bekas minyak, tanah atau batu-batu kecil menjadi sumber beliau hilang kawalan.



Koroner Negeri berkata lagi: "Melihat dari rakaman kawalan litar tertutup (CCTV), didapati tiada kenderaan lain yang dilihat berdekatan dengan Encik Tan ketika kejadian.



Identiti penyewa motosikal itu tidak didedahkan.



Menurut ibu Nor Ayuni, kedua-dua mangsa bekerja di sebuah gedung di Jalan Buroh dekat Jurong Port Road dan ketika itu mereka sedang berehat dan menunggang motosikal tersebut untuk membeli makanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >