Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kemalangan trafik turun 2020 tapi kes warga senja timbulkan keprihatinan

Feb 10, 2021 | 08:50 PM



JUMLAH keseluruhan kemalangan trafik tahun lalu berkurangan kerana jalanan yang lebih sepi sewaktu pandemik Covid-19.



Sungguhpun begitu, lebih banyak kes kemalangan yang berpunca daripada kelajuan kenderaan atau memandu dalam keadaan mabuk yang membawa pada kematian dilaporkan.



Pejalan kaki dan penunggang motosikal lebih berusia kekal menjadi satu keprihatinan, kata polis pada Rabu dalam laporan keadaan trafik jalan raya yang dikeluarkan secara tahunan.



Walaupun bilangan kemalangan melibatkan dua kumpulan ini berkurangan tahun lalu berbanding 2019, mereka terus membentuk bilangan kemalangan yang tidak seimbang membawa pada kecederaan atau kematian, tambah polis.



Jumlah kematian keseluruhan di jalan raya berkurangan pada rekod serendah 85 orang, kemerosotan 28 peratus daripada 118 orang pada 2019.



Kemalangan yang membawa pada kecederaan pula berkurangan sebanyak 29 peratus kepada 5,473 kes daripada 7,705 kes pada 2019.



Jumlah pemandu yang 'melanggar' isyarat lampu merah dan langsung bergerak tahun lalu juga merosot 16.4 peratus daripada 60,693 orang pada 2019 kepada 50,725 orang tahun lalu. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >