GRADUAN CEMERLANG POLITEKNIK SINGAPURA: DIPLOMA MEKATRONIK DAN ROBOTIK
Kemampuan terbukti dalam kejuruteraan teknikal
Musim tamat pengajian akan bermula tidak lama lagi di pusat pengajian tinggi. MUHAIMIN SUZAINI (msuzaini@sph.com.sg) dan FAKHRURADZI ISMAIL (mfismail@sph.com.sg) menyelongkar pengalaman pahit manis pelajar Melayu Politeknik Singapura demi mencapai kecemerlangan dalam kursus masing-masing.
May 03, 2016 | 05:30 AM
IMPIANNYA menjadi angkasawan sejak kecil tidak kesampaian setelah menyedari ia agak mustahil dicapai.
Cik Nur Irza Tutty Roslan, kemudian merubah aspirasinya untuk menjadi pegawai polis pula ketika di sekolah menengah atas galakan ibunya.