Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kemarahan di India belum reda selepas 11 banduan kes rogol berkumpulan dibebaskan

Aug 30, 2022 | 05:30 AM



NEW DELHI: Kemarahan memuncak di India ekoran pembebasan 11 orang banduan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan kejam merogol secara berkumpulan seorang wanita dan membunuh anggota keluarga wanita itu di Gujarat semasa rusuhan pada 2002, mengakibatkan lebih 1,000 orang, kebanyakannya Islam, terbunuh.



Cik Balkis Bano, yang terselamat, ketika itu berusia 21 tahun dan sedang hamil lima bulan.



Seramai 14 orang anggota keluarganya dibunuh, termasuk anak perempuannya berusia tiga tahun, yang dirampas dari dakapannya dan kepala kanak-kanak itu dihentak ke tanah.



Lelaki-lelaki itu, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada 2008 oleh mahkamah khas atas tuduhan merogol secara beramai-ramai, telah dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara lebih 14 tahun pada 15 Ogos lalu, sempena ulang tahun kemerdekaan India ke-75.



Satu tunjuk perasaan besar-besaran diadakan Sabtu lalu di New Delhi dan beberapa bandar lain termasuk Hyderabad, Kochi dan Bangalore.



Penunjuk perasaan melaungkan slogan menggesa pemerintah menarik balik perintah membebaskan perogol berkenaan.



Cik Vani Subramanian, anggota Pusat Sumber Wanita Saheli di New Delhi, berkata pembebasan banduan-banduan itu melemahkan keadilan yang telah dicapai dalam sekitaran yang "sangat rumit" dan "kelompok perkauman."



"Semua pihak telah bersusah payah, termasuk peguamnya, untuk mendapatkan keadilan," kata Cik Subramanian kepada akhbar The Straits Times, merujuk kepada kes Cik Bano itu.



Banduan-banduan itu dibebaskan setelah satu panel pemerintah wilayah Gujarat meluluskan keringanan hukuman ke atas mereka.



Di India, hukuman penjara seumur hidup biasanya berjalan sehingga pesalahnya mati.



Tetapi banduan berkenaan layak dibebaskan selepas menjalani hukuman sekurang-kurangnya 14 tahun dan telah memenuhi lain-lain syarat seperti berkelakuan baik semasa dipenjara.



Pesalah-pesalah itu dibebaskan berdasarkan peraturan memberi keringanan yang dimulai semasa kes Cik Bano itu dibicarakan pada 2004.



Bagaimanapun, keputusan itu telah melanggar garis panduan baru yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri pada Jun tahun ini yang mengecualikan kesalahan merogol daripada keistimewaan itu.



Sabtu lalu, sekumpulan seramai 134 orang kakitangan awam telah menyampaikan sepucuk surat kepada Ketua Hakim India, meminta supaya pengampunan itu ditarik balik kerana menyifatkan perintah tersebut sebagai "jelas bertentangan dengan undang-undang yang diguna pakai."



Cik Khushbu Sundar, seorang anggota jawatankuasa eksekutif kebangsaan Parti Bharatiya Janata (BJP), membidas perintah pembebasan itu.



"Seorang wanita yang dirogol, diserang, dikasari dan jiwanya terluka seumur hidup harus mendapat keadilan setimpal.



"Tiada lelaki yang terlibat dalam kejadian seperti itu harus dibebaskan. Sekiranya ia dilakukan, maka ia adalah suatu penghinaan terhadap nilai kemanusiaan dan martabat wanita," kata beliau.



Cik Bano turut mengutuk pembebasan orang-orang yang merogolnya.



"Pembebasan mereka seolah-olah telah meragut kepercayaan saya terhadap keadilan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 17 Ogos.



Sambil merayu kepada pemerintah wilayah Gujarat, beliau berkata:



"Kembalikan hak saya untuk hidup tanpa rasa takut dan dalam keadaan aman."



Cik Bano dilaporkan telah berpindah kediaman sekitar 20 kali sepanjang 15 tahun lalu kerana nyawanya terancam. - ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >