Subuh
5:39
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Pekerja mati selepas terjatuh empat tingkat ketika masuk 'boom lift' di Boon Lay

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pekerja mati selepas terjatuh empat tingkat ketika masuk 'boom lift' di Boon Lay

Nov 16, 2021 | 11:29 PM

SEORANG pekerja migran meninggal dunia pada Isnin (15 November) selepas terjatuh daripada tingkat empat bangunan yang sedang dibina di Boon Lay.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata kemalangan tersebut berlaku di 22 Chin Bee Road.

Warga India berusia 35 tahun itu merupakan pekerja Success Engineering and Steel dan sedang menaiki pelantar  penganjak platform dari tingkat empat bangunan itu apabila tergelincir dan terjatuh.

Dia dihantar ke Hospital Ng Teng Fong di mana dia meninggal dunia hasil ekoran kecederaan yang dialami.

MOM berkata ia sedang menyiasat perkara ini dan telah mengarahkan Logistics Construction yang mengisi tapak kerja itu untuk menghentikan semua tugas di situ.

Dalam satu pos Facebook pada 17 Oktober, Success Engineering and Steel berkata ia terlibat dalam projek yang berterusan untuk membangun kilang pemproses makanan di 22 Chin Bee Road.

Kejadian kematian yang terkini ini menjadikan jumlah kematian di tempat kerja sejauh ini mencecah 33 kes tahun ini berbanding 30 kes kematian tempat kerja yang dilaporkan pada 2020. 

Menurut kod amalam bagi bekerja selamat di tempat tinggi, pelantar kerja yang dinaikkan secara mudah alih seperti penganjak platform yang ditetapkan Majlis Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja tidak direka khusus buat pekerja memasuki atau keluar dari sesuatu paras ketinggian.

Ini harus dianggap sebagai satu-satunya pilihan hanya jika memasuki dan keluar daripada platform pada ketinggian tersebut tidak dihalang oleh pengeluar plantform, tiada cara praktikal lain untuk mendapatkan akses pada sesuatu tingkat atau kawasan kerja serta penilaian risiko terperinci telah dijalankan.

Pekerja harus juga menggunakan abah-abah keselamatan dengan tali 'lanyard' yang dipasang sempurna pada bahagian khusus yang dilabuhkan pada platform.

Mereka harus dapat menggunakan sistem tali 'lanyard' yang melindungi pekerja daripada terjatuh sedang mereka mengalihkan dari satu titik labuh ke satu titik labuh lain.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3