Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kematian Aloysius Pang: Tiada kerosakan pada mekanisme penurunan laras meriam, kata Ng Eng Hen

Feb 11, 2019 | 06:45 PM



PEMERIKSAAN tidak mengesan sebarang kerosakan pada mekanisme penurunan laras Meriam Howitzer Gerak-Sendiri Singapura (SSPH), yang telah mengakibatkan kecederaan sehingga menyebabkan kematian pelakon Singapura Aloysius Pang, kata Menteri Pertahanan Ng Eng Hen di Parlimen sebentar tadi.



Beliau juga memberi butiran tentang dua lagi anggota perkhidmatan yang berada di dalam kabin howitzer itu bersama Koperal Kelas Pertama (CFC) (NS) Pang, 28 tahun, seorang teknisyen persenjataan NS.



Mendiang meninggal dunia empat hari selepas mengalami kecederaan pada 19 Januari tahun ini semasa satu latihan ketenteraan di New Zealand.



Seorang anggota perkhidmatan itu merupakan anggota kerahan negara (NSman) berpangkat Sarjan Ketiga yang melaksanakan tugas sebagai komander senjata manakala seorang lagi merupakan pegawai tetap yang memegang pangkat Pakar Ketenteraan 2. Beliau merupakan teknisyen ketenteraan.



Kededuanya yang mempunyai pengalaman dalam penyelenggaran SSPH telah dikerahkan semula daripada peranan operasi, kata Dr Ng.



Dr Ng berkata kru itu telah menjalani latihan khusus terhadap SSPH dan telah menjalankan kerja-kerja penyelengaraan serupa sebelum ini, sambil menambah bahawa semasa latihan di New Zealand bulan lalu, pemeriksaan telah dijalankan ke atas senjata itu setiap hari.



Menteri Pertahanan telah memberikan kenyataan menteri sebagai respon kepada lebih 10 soalan yang difailkan para AP berhubung kematian latihan dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sepanjang dua tahun lalu serta langkah yang diambil menyusuli insiden terbaru ini yang melibatkan CFC Pang.



Pada 19 Januari lalu, CFC Pang telah mengambil bahagian dalam latihan tembakan meriam hidup tahunan Thunder Warrior semasa latihan dalam kem (ICT) yang ketujuhnya. Latihan itu telah dijalankan di kawasan latihan Waiouru.



Beliau sedang melakukan kerja-kerja pembaikan di dalam SSPH apabila dihimpit dan tidak dapat melarikan diri ketika laras meriam itu diturunkan.



Menyusuli insiden itu, Dr Ng berkata “tindakan serta-merta” SAF ialah memastikan tiada “kerosakan mesin pada SSPH”, kerana ini boleh menimbulkan risiko terhadap anggota kru penyelengaraan 



“Pemeriksaan SSPH tidak mengesan sebarang kerosakan mesin pada mekanisme laras meriam itu apabila ia diturunkan,”katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >