Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kematian amah Myanmar: Majikan ganti peguam, ingin tuduhan bunuh dikurangkan

Apr 30, 2021 | 05:30 AM



SURI rumah yang mendera dan akhirnya membunuh pembantu rumahnya, telah menukar peguam dan sedang mengatur langkah untuk mengelak dipenjara seumur hidup.



Gaiyathiri Murugaya, yang suaminya bekerja sebagai pegawai polis, telah mengaku bersalah kepada 28 tuduhan pada Februari lalu, termasuk yang paling serius iaitu bersalah kerana membunuh.



Pendakwa raya telah mengusul supaya Gaiyathiri dikenakan hukuman maksimum iaitu penjara seumur hidup bagi kesalahan tersebut, lapor akhbar The Straits Times.



Tuduhan-tuduhan lain kebanyakannya berhubung kesalahan mencederakan pembantu rumah itu Piang Ngaih Don, 24 tahun.



Piang, yang berasal dari Myanmar, hanya seberat 24 kilogram (kg) apabila beliau meninggal dunia pada 26 Julai 2016 selepas didera buat kali terakhir.



Gaiyathiri dijadual dijatuh hukuman oleh Hakim Mahkamah Tinggi See Kee Oon semalam.



Namun, mahkamah mendengar dia telah menukar peguamnya pada bulan lalu.



Hakim See menarik perhatian bahawa Gaiyathiri "kelihatan seperti mahu mengubah keputusannya mengakui bersalah" dan hakim telah meminta peguam baru tertuduh, Encik Joseph Chen untuk menjelaskan sama ada kliennya memang berhasrat untuk menarik balik pengakuan bersalah itu.



Encik Chen berkata kliennya ingin membuat permohonan lanjut agar hukuman diringankan dan beliau akan meminta pendakwa raya supaya mengurangkan tuduhan bersalah kerana membunuh itu.



Tuduhan yang dihadapi Gaiyathiri itu, lebih awal, telah dikurangkan daripada tuduhan membunuh kepada bersalah kerana membunuh selepas beliau dinilai telah mengalami kemurungan teruk semasa mengandung - sekaligus lmengurangkan tanggungjawabnya bagi pembunuhan itu.



Selepas beberapa ketika, Encik Chen memberi pengesahan kepada mahkamah bahawa kliennya tidak akan menarik balik pengakuan bersalah.



Namun, Encik Chen meminta diberi masa untuk menyerahkan rayuan peringanan lanjut untuk menyokong kes kliennya supaya tanggungjawabnya bagi pembunuhan itu dikurangkan.



Encik Chen berkata rayuan peringanan itu akan memberi tumpuan kepada kebimbangannya terhadap kesihatan anak-anak, yang menyebabkan tekanan.



Menambah, Encik Chen berkata beliau telah diarahkan memohon kepada mahkamah supaya memberikan perintah tidak melaporkan kes itu.



Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Faizal Mohamed Abdul Kadir berkata pendakwa akan memberi respons kepada perintah itu apabila ia dilakukan.



Kes itu telah dianjak ke 28 Mei untuk membenarkan Encik Chen menyerahkan rayuan peringanan lanjut.



Ia dijangka dihadapkan lagi ke mahkamah pada 22 Jun.



Bercakap kepada wartawan selepas perbicaraan semalam, Encik Chen berkat beliau akan mengusul kepada pihak pendakwa raya supaya mengurangkan tuduhan bersalah kerana membunuh daripada Seksyen 304(a) kepada Seksyen 304(b) yang diiringi hukuman penjara maksimum 20 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >