Subuh
5:28
Syuruk
6:51
Zuhur
12:53
Asar
4:16
Maghrib
6:54
Isyak
8:07
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Setempat0

Kematian atlit bina badan dalam pertandingan muay thai akibat sebab semula jadi: Koroner

Feb 25, 2020 | 04:43 PM

ATLIT bina badan Encik Pradip Subramanian, yang rebah selepas pertarungan muay thai selebriti menentang personaliti YouTube Steven Lim pada 2017, meninggal dunia akibat kardiomegali - keadaan jantung besar - dengan rentak jantung tidak normal.

Menyusuli satu siasatan, Koroner Negara Kamala Ponnampalam berkata dalam dapatannya pada 11 Februari lalu bahawa warga Singapura berusia 31 tahun meninggal dunia secara semula jadi.

Pakar perunding patologi forensik, Dr Wu Jia Hao, dari Penguasa Sains Kesihatan, yang menjalankan autopsi Encik Subramaniam, telah mengatakan bahawa pemeriksaan genetik untuk keadaan jantung yang boleh diwarisi mendedahkan varian patogen dalam baka KCNQ1.

Ini adalah mutasi genetik yang berkaitan dengan fungsi tidak normal saluran ion dalam otot jantung, menyebabkan rentak jantung yang tidak normal, kata Dr Wu kepada mahkamah.

Dr Wu berasa keadaan ini mungkin menjejas rentak jantung Encik Pradip, menyebabkan kematian akibat serangan jantung secara tiba-tiba.

Encik Pradip, presiden Persekutuan Bina Badan dan Sukan Fizik Sedunia, telah menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum pertarungan dan didapati cergas untuk bersaing.

Beliau juga membuat perisytiharan, menyatakan bahawa beliau bebas daripada sebarang keadaan perubatan yang teruk.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian