Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kematian budak perempuan berusia 5 tahun yang lemas di kolam renang kondominium satu kemalangan tragik

Oct 18, 2021 | 11:54 PM



KEMATIAN seorang budak perempuan berusia lima tahun yang lemas ketika dia ditinggalkan sendirian di kolam renang didapati adalah satu kemalangan yang tragik.


Menyampaikan dapatan siasatan koroner ke atas kematian Aurelia Liu Jiabao, Koroner Kamala Ponnampalam pada Isnin (18 Okt) berkata tidak ada perbuatan khianat disyaki berlaku dalam kematian kanak-kanak itu.


Keluarganya tidak berada di mahkamah untuk mendengar dapatan itu.


Koroner tersebut menyebut kejadian itu "satu lagi peringatan tegas bahawa kanak-kanak mengikut gerak hati dan tidak dapat diramalkan".


"Dalam kes kolam renang, seorang kanak-kanak mungkin tidak memahami berapa cepat dia boleh tenggelam jika dia secara tidak sengaja jatuh ke kawasan air yang dalam," kata Koroner Kamala, yang menambah orang dewasa yang memberi perhatian penuh perlu hadir untuk memberi amaran kepada kanak-kanak dan mencegah kejadian malang.


Mahkamah diberitahu bahawa Aurelia telah mengikuti tiga kelas berenang, tetapi instruktur berenangnya sebelum ini telah memberi kenyataan bahawa dia tidak boleh berenang atau mendapat keseimbangan dalam air.


Sekitar 6 petang pada 8 Oktober tahun lalu, kanak-kanak itu, yang mempunyai ketinggian 1.06 meter, dan ibunya, Cik Lu Ying, pergi ke kolam renang di kondominium mereka, The Asana, dekat Farrer Road.


Ada pasangan dewasa di kolam renang sedalam 1.2 meter dan Aurelia bermain di Jacuzzi sedalam 0.8 meter sementara ibunya memerhatikan.


Sekitar 6.10 petang, Cik Lu perlu menggunakan tandas dan memberitahu anak perempuannya bahawa dia akan naik ke flat mereka.


Cik Lu berkata dia merasa selesa meninggalkan anak itu sendirian di kolam kerana terdapat orang dewasa dekat dengannya. Dia tidak meminta mereka memerhatikan kanak-kanak itu.


Cik Lu kembali ke kolam itu sekitar 6.31 petang dan tidak dapat menjumpai anak perempuannya. Dia meminta pertolongan pengawal keselamatan.


Sekitar 6.35 petang, mereka mendapati Aurelia tertiarap di dasar kolam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >