Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kematian Chin Swee Road: Pasangan didakwa membunuh anak perempuan 2 tahun disyaki dibunuh pada Mac 2014

Sep 17, 2019 | 01:29 PM



 





PASANGAN ibu bapa, dituduh membunuh anak perempuannya di mana mayat ditemui di sebuah flat di Blok 52 Chin Swee Road Selasa lalu (10 September), dikatakan telah melakukan pembunuhan itu pada 2014.



Pasangan itu dibawa ke mahkamah pada Selasa (17 September) dan didakwa membunuh gadis dua tahun itu dalam unit tersebut pada Mac tahun itu.



Dalam sebuah kenyataan pada hari Isnin, pihak polis berkata mereka dimaklumkan tentang kes ini pada 8.30 malam pada 10 September.



Apabila mereka tiba, pegawai terjumpa mayat gadis kecil itu di dalam flat sewa satu bilik di tingkat lapan blok tersebut.



Pihak polis menambah bahawa mereka telah direman semenjak Jun tahun lalu atas kesalahan lain, yang tidak berkaitan.



Lelaki tersebut telah didakwa dengan dua kesalahan berkaitan dadah dan satu kes rusuhan. Kes ini masih belum selesai.



Wanita tersebut pula dikenakan hukuman selama lima tahun dan dua bulan di penjara setelah dia mengaku bersalah kepada tiga dakwaan berkaitan dadah dan satu dakwaan mencuri pada 9 September, sebelum didakwa membunuh.



Pasangan tersebut dipercayai sudah berkahwin dengan sekurang-kurangnya tiga orang anak, dan merupakan penghuni berdaftar flat tersebut di mana mayat ditemui.



Tiada siapa yang membuka pintu apabila The Straits Time melawat flat itu Khamis lepas. Pintu dikunci dengan rantai dan mangga.



Jiran menyatakan terdapat bau yang kuat - ada yang menyatakan seperti “sesuatu yang reput” - memenuhi koridor tersebut seminggu sebelum mayat ditemu dalam unit tersebut.



Menurut akhbar Lianhe Wanbao, pihak polis yang berada di blok tersebut dilihat meninggalkan kawasan dengan periuk besi dan beg.



Penduduk di blok itu mengatakan seorang lelaki dalam lingkungan 20 tahun telah duduk di flat itu sendirian dalam masa tiga hingga empat bulan, dan sepasang suami isteri bersama anak-anak pernah duduk di situ sebelumnya.’



Difahamkan bahawa seorang lelaki berada di dalam flat ketika pihak polis ke sana Selasa lepas tetapi  ia tidak pasti bagaimana beliau berkaitan dengan pasangan itu.



Pesalah yang disabitkan dengan pembunuhan akan menghadapi hukuman mati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >