MESKIPUN daripada aliran Normal Akademik, Encik Muhammad Rahmat Khairudin membuktikan bahawa dengan kerja keras, beliau mampu meraih biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke universiti.
Bahkan, pemergian ibunya setelah 'tewas' akibat serangan barah ketika beliau baru berusia 15 tahun membakar semangatnya dengan beliau berusaha lebih gigih demi menjadi warga berguna - sesuatu yang ibunya sentiasa doakan.