Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kematian kembar di Greenridge Crescent: Polis bawa bapa kembar ke longkang di mana mereka ditemui

Jan 27, 2022 | 05:38 PM



BAPA dua kanak-kanak 11 tahun yang ditemui mati di longkang besar sekitar taman permainan Greenridge Crescent, Xavier Yap Joun Houn, 48 tahun, dibawa polis pada Khamis (27 Januari) ke tempat kejadian di mana mayat anaknya dijumpai.



Pada Isnin, Yap dituduh di mahkamah atas kesalahan membunuh salah seorang anaknya, Ethan Yap E Chern. Seorang lagi anaknya dikenal pasti sebagai Aston Yap Kai Shern.



Yap tiba di tempat kejadian pada 3.10 petang Khamis dengan menaiki van hitam. Dia memakai kemeja merah, seluar paras lutut berwarna gelap dan selipar. Dia berjalan sambil menundukkan kepalanya.



Tangannya digari dan dia dikelilingi lima pegawai polis. Dia dibawa ke longkang besar itu dan kawasan berhampiran yang awalnya dikepung polis.



Pegawai polis kelihatan berada di kawasan yang dikepung dan memastikan agar orang luar tidak melintasinya.



Sebelum Yap memasuki longkang besar yang basah dan kotor, dia menukar seliparnya untuk menggunakan but paras lutut berwarna hitam.



Dua pegawai polis pula kelihatan meletakkan penanda panah di kawasan itu.



Satu penanda diletakkan berhampiran taman permainan, berdekatan mesin senaman manakala yang satu lagi diletakkan di dalam longkang besar itu. Satu lagi penanda diletakkan di tangga yang menuju ke longkang itu.



Kudapan, bunga dan nota kelihatan diletakkan orang ramai di laluan bertepian longkang besar itu.



Sedang Yap melintasi barangan itu, dia meninjau dan menatapnya seketika.



Yap dan pegawai polis kemudian memanjat ke dalam longkang dan berjalan sepanjang longkang itu sehingga tidak lagi kelihatan.



Yap berada di kawasan itu bersama pegawai polis sekitar 35 minit dan meninggalkan lokasi itu dengan menaiki van hitam.



Dua budak lelaki itu ditemui di longkang bersar berhampiran taman permainan Greenridge Crescent antara 4.23 hingga 6.25 petang, Jumaat lalu.



Bapa mereka menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan pada Jumaat. Dia kemudian diberkas keesokan harinya.



Kembar itu dipercayai mempunyai keperluan khas dan bersekolah di kawasan estet Eng Kong.



Sewaktu perbicaraan mahkamah pada Isnin, polis pendakwa meminta Yap ditahan selama seminggu dengan keizinan untuknya dibawa keluar untuk siasatan termasuk mengunjungi ke lokasi kejadian.



Polis berkata dua budak itu ditemui tidak sedarkan diri pada petang Jumaat di dalam longkang besar itu dan disahkan meninggal oleh paramedik di lokasi itu.



Jika didapati bersalah membunuh, Xavier Yap berdepan dengan hukuman mati.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >