Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
7:00
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kematian pelajar ACS(I): MOE gantung kegiatan elemen paras tinggi bagi semua sekolah

Feb 04, 2021 | 10:27 PM

KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) berkata ia telah menggantung kegiatan luar darjah melibatkan elemen paras tinggi bagi semua sekolah dengan serta merta menyusuli kematian seorang pelajar sewaktu melakukan kegiatan tersebut di Safra Yishun pada Rabu (3 Feb). 

Pelajar lelaki berusia 15 tahun dari Sekolah Anglo-Chinese (Bebas) itu telah dikejarkan ke Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) selepas insiden tersebut yang berlaku sekitar 2 petang, tetapi meninggal dunia pada pagi Khamis (4 Feb).
 
Menukil kenyataan MOE, akhbar The Straits Times (ST) melaporkan kegiatan tersebut digantung sehingga siasatan terhadap kes tersebut selesai. 

Jurucakap polis pada Khamis (4 Feb) pula berkata budak lelaki itu tergelincir semasa melakukan kegiatan tersebut dan beliau "tergantung dari tali pengikat keselamatannya" di udara.

Pelajar itu tidak sedarkan diri semasa diturunkan dan tidak memberi respon apabila polis tiba di tempat kejadian, lapor ST.

Paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) cuba menyedarkan semula pelajar tersebut di tempat kejadian dan menggunakan AED (defibrilator luaran automatik) sebelum membawanya ke KTPH.
 
Pelajar berkenaan telah menyertai kegiatan sekolah anjuran Camelot, sebuah syarikat pembelajaran kembara luar darjah.
 
Jurucakap bagi Camelot mengesahkan kejadian tersebut berlaku semasa programnya sedang dijalankan, sambil menambah ia akan terus memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa relevan. 
 
Dalam kenyataan bersama MOE dan ACS(I), kededua pihak  berkata mereka berasa teramat sedih menyusuli kematian pelajar itu dan akan bekerjasama untuk memberi sokongan penuh kepada keluarga dan rakan serta guru kelas pelajar itu dalam  tempoh mencabar ini.
 
"Keselamatan pelajar menjadi keutamaan kami, dan kami sedang bekerjasama dengan polis dan pihak relevan untuk menyiasat insiden ini," kata kenyataan tersebut.
 
Jurucakap Safra Yishun pula berkata semua kegiatan di pusat sukan kembaranya telah digantung buat sementara waktu ini. - ST

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3