Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kematian pelakon aksi nekad: 4 lagi dijel kerana merusuh

Jan 17, 2017 | 09:04 AM



ANGGOTA kumpulan samseng Muhammad Nazmir Osman dan kawan-kawannya menyerang dua lelaki yang memandang kumpulan mereka semasa pertengkaran.



Ia telah mencetuskan satu perlakuan ganas pada 2015, yang akan berakhir dengan kematian pelakon aksi nekad Amerika, John Denley Nelson, 30 tahun.



Nazmir, 24, yang melepaskan tumbukan pertama, dijatuhi hukuman penjara empat setengah tahun dengan 12 sebatan pada Isnin (16 Jan) selepas mengaku bersalah atas merusuh dan tuduhan yang tiada kaitan melibatkan pinjaman wang tanpa lesen dan dia memiliki dua bilah parang.



Dia juga didenda $ 30,000.



Tiga daripada rakan jenayahnya itu juga didapati bersalah merusuh.



Muhamad Adnan Abdullah, 24 tahun, dan Masazlie Mohamed Salleh, 43 tahun, masing-masing menghadapi hukuman penjara dua setengah tahun dan enam kali sebatan.



Lelaki keempat, Ahmad Jumaidi Salleh, 24 tahun, dijatuhi hukuman penjara satu setengah tahun.



Keganasan itu bermula di luar Beer Inn di Circular Road, selepas Nazmir, Ahmad dan Adnan menyertai Muhammad Haziq Hashim, 24 tahun, dan Norazilah Zainol, 23 tahun, minum pada 2.40 pagi pada 24 Dis.



Dua kawan, Encik Desmond Pheh Hou Chin, 22 tahun, dan Encik Teo Zhihan, 29 tahun, memandang kumpulan semasa anggota kumpulan itu bertengkar.



Nazmir bersemuka pasangan itu dan menumbuk muka Encik Pheh. Beberapa anggota kumpulan Nazmir ikut serta menyerang dua orang lelaki.



Apabila seorang lelaki lain, Encik Akash Kukreja, 31 tahun, mendekai Norazilah, kumpulan itu menyerang beliau.



Seorang wanita, Cik Charlotte Roscoe, 26 tahun, yang cuba membantu Encik Kukreja turut dipukul.



Sekitar 3 pagi, Masazlie dan Adnan bertikai dengan seorang wanita di Circular Road.



Apabila Encik Nelson, yang tidak terlibat dalam pergaduhan sebelum itu, cuba menjadi pengantara, salah seorang penyerang menumbuknya.



Dia jatuh, kepalanya terhentak di tepi jalan, dan meninggal akibat kecederaan teruk di kepala lebih seminggu kemudian.



Dua daripada penyerangnya disabit kesalahan di mahkamah tahun lepas.



Muhammad Izzuandy Yusof, 24 tahun, dijatuhi hukuman penjara dua setengah tahun dengan enam sebatan.



Muhammad Saiful Rizal Mohamed Hanifa, 26 tahun, dijatuhi hukuman penjara 28 bulan dan enam sebatan.



Kes sembilan yang lain, termasuk Haziq dan Norazilah, belum selesai.



Hukuman maksimum kerana merusuh ialah penjara tujuh tahun dan sebatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >