Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kematian pemimpin ISIS perkembangan penting dalam perang pengganasan: MFA

Feb 06, 2022 | 05:30 AM



KEMATIAN pemimpin rangkaian pengganasan antarabangsa ISIS, Abu Ibrahim al-Hashimi al-Quraishi, dalam satu operasi Amerika Syarikat adalah satu perkembangan penting dalam usaha berterusan sejagat menentang pengganasan.



Mengatakan demikian dalam satu kenyataannya semalam, Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata:



"Pengganasan dan fahaman pelampau ganas kekal sebagai ancaman serius bagi negara di serata dunia, termasuk Singapura.



"Sebagai anggota Gabungan Global bagi Menumpaskan ISIS, Singapura kekal sebagai penyokong kuat usaha mencegah pengganasan antarabangsa dan memastikan kekalahan ISIS kekal lama."



Abu Ibrahim, yang juga dikenali sebagai Amir Mohammed Said Abd al-Rahman al-Mawla, mengambil alih ISIS, yang juga disebut sebagai Daesh, dua tahun lalu selepas pengasasnya, Abu Bakr al-Baghdadi, meletupkan dirinya dalam satu serbuan pasukan khas Amerika pada Oktober 2019.



Abu Ibrahim, 46 tahun, dilaporkan meletupkan bom selepas dikepung tentera Amerika pada 2 Februari, menyebabkan kematiannya serta anggota keluarganya, termasuk wanita dan kanak-kanak, lapor agensi berita Reuters kelmarin.



Memetik laporan agensi perisikan Amerika, Reuters melaporkan bahawa Abu Ibrahim menghuni tingkat atas sebuah rumah di Atme, di utara Syria.



Dia dikatakan tidak pernah meninggalkan premis itu kecuali untuk mandi di bumbung bangunan tersebut.



Dalam Bilik Situasi Rumah Putih, di mana model sebenar rumah itu tersedia, Presiden Amerika, Encik Joe Biden, diberi taklimat mengenai pilihan bagi menamatkan riwayat Abu Ibrahim, salah seorang pemimpin pengganas paling dikehendaki Amerika.



Pegawai Amerika berkata mereka boleh membunuh Abu Ibrahim dengan mudah. Ini berdasarkan lokasinya itu sudah dikaji sejak tahun lalu, sebelum ditentukan ia dapat dimusnahkan menerusi tembakan tepat peluru berpandu.



Encik Biden berkata, atas arahannya, pasukan tentera Amerika di Syria berjaya melaksanakan operasi antipengganas bagi melindungi Amerika dan sekutunya.



"Semua anggota tentera Amerika yang terbabit dalam operasi itu pulang dengan selamat. Terima kasih atas kemahiran dan keberanian anggota tentera Amerika, kita berjaya menumpaskan Abu Ibrahim al-Hashimi al-Qurayshi," kata Encik Biden dalam satu kenyataan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >