Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kematian penunggang basikal bermotor satu kecelakaan: Koroner

Jan 26, 2017 | 09:06 AM



KES penunggang motosikal bermotor berusia 85 tahun, Encik Law Ching Heng, yang maut dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Brickland Road ke arah Bukit Batok West Avenue 5 pada 6.50 pagi 1 Sep lalu disifatkan sebagai satu kecelakaan.

Menyatakan demikian pada Rabu (25 Jan), Koroner Negara Marvin Bay berkata mahkamah koroner telah mengendalikan dua kes lain melibatkan penunggang basikal bermotor dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Beliau berkata mahkamah koroner prihatin penunggang mungkin tidak menerima sebarang latihan formal mengendalikan basikal bermotor mereka.

"Pengguna basikal bermotor tertakluk kepada risiko tertentu, kerana kenderaan ini boleh mencapai kelajuan yang tinggi dan kurang dilihat," sambil menekankan perlunya penunggang dan pemandu kenderaan berhati-hati.

Mahkamah diberitahu bahawa seorang eksekutif teknikal kanan, Encik Suleiman Ibrahim, 54 tahun, sedang menghantar anaknya berusia 13 tahun ke sekolah.

Ketika berada di lorong paling kiri keluar Ekspreswe Kranji ke Brickland Road, anak perempuannya itu melihat Encik Law berbasikal di sebelah kanan mereka di jalan yang sama dan memaklumkan bapanya.

Apabila menghentikan keretanya, Encik Suleiman melihat Encik Law jatuh.

Beliau memberitahu mahkamah beliau dan anaknya tidak mendengar Encik Law mengetuk keretanya.

Beliau menghubungi ambulans.

Encik Law dibawa ke Hospital Universiti Nasional dan meninggal dunia akibat pelbagai kecederaan 12 jam kemudian.

Koroner Bay berkata: "Encik Law mungkin gagal kawal basikal, terlanggar tepi bahagian depan kereta Encik Suleiman.

Encik Suleiman mendapati sedikit calar pada bahagian depan kereta dekat tayar.

Penyiasat menemui tali rafia di aci engkol basikal dekat pengayuhnya, di tempat kejadian.

Koroner Bay berkata Polis tidak menolak kemungkinan ia tersangkut pada basikal, dan mungkin menjadikannya tidak stabil. Sama ada pelanggaran itu berlaku sebelum atau selepas penunggang itu gagal mengawal basikalnya tidak dapat dipastikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >