Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kematian tiga anak-beranak mengejutkan famili, saudara-mara

Dec 12, 2020 | 05:30 AM



KEMATIAN tiga anggota sebuah keluarga di Ho Ching Road kelmarin merupakan satu tragedi yang mengejutkan anggota lain keluarga itu dan saudara-mara serta kenalan mereka.



Polis memberitahu Berita Harian perbuatan jahat tidak disyaki dalam kes itu dan siasatan sedang dijalankan.



Dalam kejadan itu, seorang lelaki berusia 80 tahun, Allahyarham Omar Manan, dikatakan terjatuh dalam bilik air, dan isterinya, Allahyarhamha Asmah Bujang, 66 tahun, cuba membantu tetapi beliau terkena kejutan elektrik dalam tandas.



Anak lelaki mereka yang berusia 45 tahun, Allahyarham Muhamad Ashikin Omar, tiba di flat itu dan cuba membantu ibu bapanya tetapi beliau sendiri terkena kejutan elektrik.



Akhbar Shin Min melaporkan bahawa ketika itu Allahyarham Ashikin membawa anak perempuannya mengunjungi rumah ibu bapanya.



"Beliau menunggu di luar pintu rumah ibu bapanya untuk dibuka tetapi apabila tiada sesiapa membukanya, beliau buka masuk secara paksa dan mendapati ibu bapanya terbaring dalam bilik air.



"Apabila beliau cuba mengangkat ibu bapanya, beliau terkena kejutan elektrik dan terjatuh,'' lapor Shin Min, yang menukil anggota keluarga itu.



Anak perempuan Allahyarham Ashikin yang melihat kejadian itu terus menghubungi ibunya.



Adik angkat Allahyarham Ashikin, yang enggan memberitahu namanya ketika ditemui wartawan, semalam berkata: "Abang angkat saya sangat baik orangnya. Kalau ada masalah, beliaulah yang ke depan untuk membantu. Saya cukup terperanjat dengan pemergiannya.''




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >