Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kembali ‘mendarat’ untuk didik kanak-kanak

Aug 20, 2017 | 10:15 PM



SELAMA tujuh tahun beliau berkhidmat sebagai pendidik peringkat prasekolah selepas memperolehi Diploma dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Kepimpinan daripada Politeknik Ngee Ann pada 2006.



Cik Nuraslinda Safaruan, 32 tahun, kemudian dilantik sebagai guru kanan, namun kerana mahu mengubah hala kerjaya, beliau menceburi pula bidang hospitaliti sebagai pramugari di awan biru – kerjaya yang menjadi impian ramai gadis. 



Ternyata kerjayanya di awan biru tidak lama. 



Setelah lebih kurang dua tahun terbang ke sana sini, anak sulung tiga beradik itu kemudian memutuskan untuk ‘mendarat’ dan kembali semula membangun kerjaya di sektor prasekolah setelah menyedari hatinya masih sayang dengan usaha mendidik kanak-kanak prasekolah. 



“Hati saya masih dekat dengan kanak-kanak. 



“Ia memberi saya peluang mendampingi keluarga mereka serta menyokong mereka dalam pelbagai bidang. 



“Semasa bertugas sebagai pramugari, saya asyik bercakap dengan rakan sekerja yang mempunyai anak tentang kanak-kanak. 



“Saya suka berkongsi dengan mereka mengenai tip menangani tingkah laku tertentu serta bagaimana selaku ibu bapa kita boleh meningkatkan kemahiran anak. 



“Daripada situ saya sedar yang saya merindui perkongsian sebegitu bersama keluarga dan kanak-kanak di sekolah,” singkap Cik Nuraslinda yang lalu memutuskan meletak jawatan selaku pramugari dan kembali semula ke sektor pendidikan awal kanak-kanak. 



Ibu seorang anak lelaki berusia 10 bulan, yang kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pusat, My First Skool kendalian NTUC di Edgefield Plains, mengaku masih menerima teks daripada bekas rakan sekerja yang mahu mendapatkan pendapat dan nasihatnya mengenai kanak-kanak. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >