Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kembali asah bakat dari gerai ke penjara

Apr 03, 2021 | 05:30 AM



SEBELUM dihukum penjara kerana kesalahan berkaitan dadah, Rahmat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penjaja yang menjual makanan India Selatan.



Sesuai dengan tema tahun ini, 'Resipi untuk Perubahan', Rahmat berkata Pertandingan Memasak Reben Kuning (YRCC) 2021 merupakan peluang kedua baginya untuk berubah dan meningkatkan kemahiran memasak.



Rahma,t yang meminati masakan Barat, berkata pertandingan itu merupakan wadah baginya mencuba idea masakan.



Mendapat inspirasi daripada cef popular seperti Jamie Oliver dan Gordon Ramsay, Rahmat menyediakan hidangan Bass-anova iaitu ikan siakap goreng herba bersama kentang lada dan brokoli mentega.



"Semasa melihat iklan untuk pertandingan tersebut, saya tergerak untuk menyertainya.



"Saya sebenarnya seorang individu yang agak takut dengan keadaan yang tidak menentukan.



"Namun, dengan keadaan Covid-19 yang membuat ramai perlu menyesuaikan diri, saya mengambil pertandingan ini sebagai cabaran untuk meneroka masakan berlainan dan mencuba sesuatu yang baru," katanya.



Menurut Rahmat, dia berjinak-jinak memasak di gerai bapanya seawal usia tujuh tahun.



Namun ini kali pertama dia memasuki pertandingan.



Walaupun ada pengalaman memasak, Rahmat berhadapan beberapa cabaran.



Ini termasuk membahagikan masa untuk memasak menggunakan bahan-bahan yang terhad.



"Memang amat berlainan memasak dalam pertandingan. Kami hanya mempunyai 75 minit untuk memasak.



"Tetapi setelah 60 minit, tangan saya gementar dan saya perlu memikirkan secara strategik untuk menghabiskan hidangan saya dalam masa yang terhad.



"Dari segi bahan, masakan saya memerlukan lada benggala tetapi saya tidak mempunyai bahan tersebut.



"Nasib baik ada peserta lain yang mempunyai bahan tambahan dan memberi kannya kepada saya," seloroh anak sulung tiga beradik itu.



Berkat usaha, dorongan dan sokongan keluarga serta mentor, dia berjaya mendapat tempat kedua dalam YRCC 2021.



Rahmat juga memenangi wang tunai $175.



Ketika ditemui Berita Harian, adik bongsunya, Encik Jonas, 30 tahun, berkata beliau gembira melihat abangnya menjadi lebih matang dan merebut peluang pertandingan itu.



"Kali akhir saya bertemu dengannya ialah pada Mac tahun lalu. Saya rasa dia sudah matang dan berubah.



"Saya boleh nampak dia sekarang lebih fokus terhadap perkara penting seperti meningkatkan kemahiran dan pendidikan demi masa depannya setelah selesai hukuman," katanya.



Beliau menambah bahawa ia belum terlambat bagi abangnya untuk memulakan hidup baru.



Dalam satu panggilan video bersama Rahmat, dia berkongsi akan mengambil beberapa kursus kulinari untuk meningkatkan kemahirannya dalam penjara serta selepas tamat hukuman.



Dalam masa yang sama, Rahmat menyimpan hasrat membuka sebuah kafe yang menghidangkan makanan fusion.




"Memang berlainan sangat memasak dalam pertandingan. Kami hanya mempunyai 75 minit untuk memasak.

Tetapi setelah 60 minit, tangan saya sudah gementar dan saya perlu memikirkan secara strategik untuk menghabiskan hidangan saya dalam masa yang terhad.

Dari segi bahan pula, masakan saya memerlukan lada benggala tetapi saya tidak mempunyai bahan tersebut.

Nasib baik ada peserta lain yang mempunyai bahan tambahan dan memberikannya kepada saya."

- 'Rahmat', penjaja menjual makanan India Selatan, berjaya mendapat tempat kedua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >