Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG RAMADAN

Kembali bekal bubur ke masjid

Apr 12, 2021 | 05:30 AM



SETIBANYA bulan Ramadan selama lima tahun berturut-turut, perniagaan di rumah (HBB), Dapur Naes memasak bubur di perkarangan Masjid Jamiyah Ar-Rabitah untuk diagihkan kepada orang ramai.



Apabila Covid-19 melanda dan sekatan pemutus litar dikenakan tahun lalu, pengendali utama perniagaan tersebut, Encik Muhammad Izzaki Nasir, akui bahawa beliau rindu suasana gotong-royong ketika bulan Ramadan di samping mengalami kemerosotan dalam perniagaannya.



Justeru beliau melahirkan kesyukuran dapat kembali membekalkan bubur kepada masjid tahun ini meskipun ia dilakukan dalam keadaan berbeza.



"Jika dahulu, terdapat pegawai masjid yang membantu, suasananya meriah, ramai orang, mereka tolong membungkus. Sekarang ini kami terpaksa melakukan semuanya sendiri, dari memasak hingga ke membungkus dan kemudian dari segi penghantaran," ujar lelaki berusia 36 tahun itu.



Dahulu, perniagaannya membekalkan sehingga 900 bungkus bubur setiap hari tetapi tahun ini mereka akan menghantar hanya 300 bungkus bubur ke Masjid Jamiyah Ar-Rabitah secara harian.



Walaupun jumlahnya kurang, ia tetap mencabar, kata Encik Izzaki.



Sebelum ini mereka mempunyai ruang masjid untuk menyimpan stok bahan mereka dan melakukan kegiatan memasak tetapi kini mereka perlu melakukan semua itu dalam sempadan rumah mereka yang terhad.



Encik Izzaki berkata:



"Pasukan kami harap dalam tahun-tahun akan datang apabila Covid-19 sudah tiada, kami dapat kembali memasak di masjid kerana suasana gotong-royong dapat dirasakan, dan ia nampak meriah."



Seperti Dapur Naes, perniagaan makanan Nur Indah Kitchen turut membekalkan bubur ke masjid.



Sebelum musim Covid-19, pemilik perniagaan itu, Cik Roziah Adon berkata mereka memasak bubur di perkarangan Masjid Al-Taqua selama 19 tahun.



Disebabkan pemutus litar tahun lalu, beliau terpaksa menghentikan kegiatan itu dan sebaliknya membekalkan bubur di kedainya yang terletak di pusat makanan Bedok Corner.



Tahun ini, beliau akan menghantar sekitar 150 bungkus bubur ke sebuah masjid untuk diagihkan kepada orang ramai.



Walaupun beliau akui bahawa beliau rindu memasak bubur di masjid, Cik Roziah tetap mengalu-alu langkah untuk melonggarkan sekatan ini secara beransur-ansur.



"Saya tentunya gembira bubur dapat kembali dibekalkan kepada masjid. Ini suatu yang saya sudah lakukan tahun demi tahun, justeru ia sudah sebati dalam kehidupan saya," tambahnya.



Bagi pihak masjid pula seperti Masjid Jamiyah Ar-Rabitah, mereka sedang membuat persiapan bagi usaha pengagihan bubur.



Jurucakap masjid tersebut berkata demi mematuhi langkah pengurusan selamat, mereka akan elak daripada mempunyai kontak bersama mereka yang mengambil bubur.



Bubur akan diletakkan di satu meja, dan pintu keluar masuk dikawal dengan ketat. Dalam pada itu, mereka yang datang perlu mengikuti petanda yang dilekatkan di lantai untuk mematuhi jarak selamat.



Menurutnya, jumlah bubur yang diagihkan tidak sebanyak tahun-tahun lalu sebelum musim Covid-19 kerana pihak masjid ingin "mengawal jumlah orang yang datang" dan elak daripada pengumpulan beramai-ramai.



"Dulu, bubur dimasak di masjid. Suasana Ramadan meriah ibarat di kampung kerana kita dapat lihat proses bubur disiapkan. Kini perbezaannya adalah terdapat banyak langkah pengurusan selamat yang perlu dipatuhi.



"Bagaimanapun kami alu-alu kelonggaran dalam sekatan ini kerana kedatangan Ramadan selalunya disambut dengan keriangan dan kemesraan di samping pengagihan bubur," ujarnya lagi.



Menurut garis panduan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), bubur akan disediakan selepas Asar dan jemaah dibenarkan untuk mengambil dan membawanya pulang.



Kegiatan makan beramai-ramai tidak dibenarkan di masjid.



Masjid hanya akan menyediakan kurma dan air bagi jemaah yang menempah solat maghrib berjemaah untuk berbuka puasa, dan tiada makanan lain akan disediakan, menurut Muis.



Berita Harian (BH) difahamkan kegiatan memasak bubur di masjid tidak dibenarkan tahun ini sejajar dengan langkah pengurusan selamat yang ditetapkan di masjid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >