Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AKTIF, SIHAT & TERUS MENYUMBANG

Kembali bekerja demi bina dana persaraan

GAGAH DIRI KEMBALI SERTAI TENAGA KERJA
Sep 01, 2019 | 05:30 AM



DEMI membina dana persaraan, Cik Sariman Salleh, kembali menyertai tenaga kerja sekitar 10 tahun yang lalu.



Beliau yang kini berusia 57 tahun, bertugas sebagai pekerja pemprosesan makanan di syarikat pengeluaran makanan Asyura Paste.



Seperti yang diumumkan Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong, usia pengambilan semula pekerja akan dinaikkan, daripada 67 tahun kepada 68 tahun pada 2022 dan secara bertahap kepada 70 tahun, pada 2030.



Memberi pandangannya, ibu kepada tiga anak itu berkata:



"Perubahan ini sesuatu yang positif bagi mereka seperti saya, yang masih mahu bekerja. Selagi saya mampu dan sihat, saya ingin terus bekerja untuk hari tua saya. Ia juga boleh manfaat bagi saya untuk meniti hari tua," jelasnya.



Cik Sariman tinggal bersama suami, seorang drebar teksi dan seorang anaknya yang masih bersekolah.



Dua anaknya yang lain telah pun mendirikan rumah tangga dan tinggal berasingan.



"Anak-anak sudah besar. Daripada duduk di rumah, tonton televisyen dan tidak buat apa-apa, lebih berfaedah saya keluar bekerja. Di tempat kerja, saya dapat jumpa kawan dan hilangkan rasa bosan.



"Sekurang-kurangnya, saya ada pendapatan sendiri dan boleh membantu suami saya," ujarnya.



"Pendapatan suami saya tidak menentu, adakalanya baik dan kadang kala tidak."



Mulai Januari 2021, kadar caruman Tabung Simpanan Pekerja (CPF) bagi pekerja lanjut usia akan juga dinaikkan.



CPF pekerja berusia 55 hingga 60 tahun akan dinaikkan daripada 26 peratus kini kepada 28 peratus dan kemudian dijangka mencapai 37 peratus dalam jangka panjang.



Cik Sariman berkata:



"Saya lihat kebaikan dalam kenaikan ini sebab ia bermakna simpanan CPF saya juga meningkat.



"Saya boleh gunakan untuk melunaskan bayaran rumah dan juga membina dana persaraan untuk hari tua."



Memandangkan tempoh pinjaman rumahnya masih lama, Cik Sariman tidak perlu terlalu risau tentang kemungkinan menggunakan wang tunai untuk membayarnya dengan potongan CPF yang lebih tinggi.



"Insya Allah jika mereka naikkan kadar caruman, saya tidak perlu bayar tunai yang banyak untuk selesaikan pinjaman rumah.



"Pemandu teksi seperti suami saya, mereka tiada punyai caruman CPF. Justeru, kenaikan ini akan banyak membantu."



Pada masa sama, Cik Sariman berharap gajinya juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan kadar sumbangan CPF.



"Kalau boleh, gaji juga akan dinaikkan, sama seperti kenaikan potongan CPF ini.



"Yalah, dengan kadar caruman CPF yang lebih tinggi bermakna gaji yang kami bawa pulang juga akan berkurangan.



"Ini akan menjejas pembelanjaan bulanan saya. Jadi, ada baiknya jika gaji dan kadar caruman CPF naik bersama-sama," tambahnya.



Bagi memastikan kesihatannya terjaga agar dapat terus kekal bekerja, Cik Sariman sering meluangkan masa pada hujung minggu berjalan kaki atau berlari anak bersama suaminya.



"Saya berharap dapat terus kekal aktif demi menyumbang kepada keluarga dan juga ekonomi negara," katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >