Jerebu berubah menjadi sedikit teruk pada Isnin (5 Okt), dengan Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) 24 jam naik semula ke paras tidak sihat.
Sehingga 9 pagi, PSI 24 jam antara 97 dan 114 - di paras tinggi julat sederhana (51-100) dan paras rendah julat tidak sihat (101-200).
PSI tiga jam, yang tidak terikat pada nasihat kesihatan, meningkat kepada 142.
Banyak tempat di Singapura mengalami cuaca agak baik pada Ahad, dengan PSI 24 jam jatuh ke julat sederhana kerana angin bertiup menghalang jerebu lebih padat datang ke sini dari Sumatera.
Maklumat Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) yang dikemas kini pada malam Ahad menyatakan PSI 24 jam bagi 24 jam mendatang dijangka pada paras tinggi julat sederhana dan paras rendah julat tidak sihat.
Bagaimanapun, keadaan itu boleh menjadi lebih teruk dan PSI 24 jam boleh memasuki julat tidak sihat jika jerebu lebih padat ditiup ke sini.
Maklumat yang dikemas kini boleh didapatkan di laman NEA dan lamak mikro jerebunya, atau Facebook dan Twitter NEA, atau aplikasi myEnv.